Monday, October 14, 2013

Cara Perawatan Lengkap Penyakit.

Kaedah Urut Tradisional Secara Umum.

Urut adalah cara utama yang digunakan untuk memulihkan urat saraf dalam rawatan Melayu tradisional.
Mengurut atau urut tradisional dikenali dengan berbagai-bagai istilah seperti picit,gosok,gonyoh,ejak dan sebagainya.Urut tradisional dilakukan ke atas seseorang yang sakit gangguan saraf samada yang melibatkan urut tradisional seluruh badan,kaki,tangan dan sebagainya terutama urut tradisional urat saraf dan otot untuk mengurangkan kesakitan dan ketegangan yang dilakukan secara berulang-ulang.Urut tradisional melibatkan sentuh 2 anggota badan,iaitu antara perawat (tukang urut tradisional) dengan pesakit.Pada kebiasaannya,tukang-tukang urut tradisional menggunakan anggota tertentu untuk menjalankan urutan seperti tangan dan kaki.Walaupun demikian hanya bahagian-bahagian tertentu daripada anggota tangan dan kaki digunakan.Semuanya ini bergantung kepada bahagian-bahagian yang diurut.Kebanyakan tukang urut tradisional menggunakan anggota tangan untuk mengurut seperti ibu jari,tapak tangan,hujung jari,lengan dan siku.
Ada tukang urut tradisional yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu daripada anggota kaki untuk memberi rawatan urut tradisional.Pada kebiasaannya,bahagian kaki yang digunakan ialah ibu jari kaki,tumit dan lutut.Umumnya rawatan pemulihan urat saraf menurut kaedah urut tradisional seluruh badan dilakukan ke atas orang yang mengalami sakit lenguh-lenguh badan kerana penat bekerja,sakit pinggang dan lumpuh seluruh badan.Manakala urut tradisional yang dilakukan terhadap anggota tertentu dilakukan ke atas mereka yang mengalami sakit gangguan saraf seperti sakit lemah tenaga batin,kebas,bengkak urat peranakan,lumpuh separuh badan,lumpuh mata atau mulut,sakit perut,sakit kepala dan sakit tengkuk.
Baca seterusnya..
www.uruttradisional.com.my
 

©  3 column Minima Template by Bloganol