Sunday, September 30, 2012

Jenis Penyakit Dan Cara Penyembuhan

Penyakit Dan Penyembuhan

Jenis Penyakit Dan Cara Penyembuhan.

  • INSOMNIA (Susah Tidur).
Kebanyakkan insomnia disebabkan gangguan psikologi.  Maka selain rawatan urut sebaiknya pesakit berbincang ke pakar psikologi agar segera dapat mengatasi persoalan hidupnya.




Rawatan urut :
1.  Lakukan urut tekanan muka jari pada kening.  Mulai dari titik di antara alis mata, terus ke kening dan ke arah garis rambut, kerjakan teknik ini sebanyak 10 kali.
2.   Urut lagi seperti di atas ketika sudah sampai sepanjang garis rambut maka turunlah ke leher, lalu ke punggung teruskan ke arah pinggang, kemudian mengikuti tonjolan tulang menuju kaki sampai ke bawah.
3.   Gunakan urut lima jari untuk telapak kaki.
4.   Gunakan teknik memilin pada punggung dari bawah ke atas.
Penyembuhan Dengan Jamu Tradisional.
Minumlah setiap hari ramuan di bawah ini :
- 20 gram daun kangkung yang sudah dihiris halus, 450 cc air bersih, 10 gram biji jintan, 10 gram ketumbar yang di hiris halus, 15 gram asam jawa, 30 gram daun pengaga.
Semua bahan direbus dan digunakan minuman untuk sehari. Usahakan pesakit boleh mandi sinar matahari di bawah jam 10 pagi dan sesudah jam 4 petang.  Rawatan mudah lainnya iaitu mandi dengan air hangat.  Banyak-banyak makan buah-buahan, terutama betik atau jeruk.
  • MEMPERKUAT DAYA SEKSUAL
Lemah syahwat bila dibiarkan terus-menerus boleh mengakibatkan impotensi.  Untuk menghindari hal tersebut gunakan rawatan urut sekaligus ramuan tradisional di bawah ini :
Rawatan urut :
1.    Urutlah telapak kakinya dengan teknik tekanan hujung ibu jari.  Lihat daerah sasaran urut pada gambar.  Kira-kira satu cm dari pusat telapak kaki.  Lakukan selama 2 minit dengan kekuatan 7.
2.    Urut titik yang terletak di sisi dalam betis selama 1 minit dengan kekuatan 7.
3.    Urut kedua titik di atas pantat dekat pinggang.  Gunakan teknik urut muka tiga jari selama 2 minit dengan kekuatan 6.  Kedua titik itu diurut sekaligus dengan dua tangan.
4.    Suruh pesakit terlentang.  Urut bahagian kiri bawah perut dengan teknik muka tiga jari selama 2 minit dengan kekuatan 5.  Setelah itu urutlah bahagian di bawah tulang rusuk kiri yang paling bawah.  Tekanlah bahagian ini selama  2 minit dengan kekuatan 4.  Tekanan yang digunakan adalah tekanan diam, tidak digerak-gerakkan.
Ramuan Untuk Memperkuatkan Daya Seksual.
Ramuan ini diminum setiap pagi, selama seminggu sudah tampak hasilnya.  Tapi untuk memperoleh hasil yang sangat memuaskan maka gunakan ramuan ini selama satu bulan penuh.  Selanjutnya seminggu cukup sekali.
Bahan-bahan :
- 15 gram Pulosari, 1 sendok makan madu asli, 2 butir kuning telur ayam kampung, 3 siung bawang putih, 25 butir merica / lada hitam.
Caranya : Merica ditumbuk halus, bawang dan pulosari ditumbuk bersama-sama hingga halus, kemudian campurkan ketiga bahan itu dengan kuning telur gaul sampai rata lalu masukkan madu asli.  Nah ramuan siap dipakai.
  • KEJANG USUS.
Suruhlah pesakit terlentang, pegang salah satu kakinya lalu urutlah dengan tekan muka ibu jari di celah antara bu jari kaki dengan jari keduanya dengan kekuatan 7, dimulai dari hujung lalu ke pangkal sampai jarak 4 cm.  Lakukan hal ini selama 2 minit lalu ganti urut kaki lainnya. Sesudah itu urutlah titik di sisi luar bawah siku dengan urut tekan muka ibu jari selama 2 minit.  Gunakan kekuatan 5 kemudian ganti tangan yang lain. Selanjutnya urut titik di hujung selangka, kirin dan kanan dengan kekuatan 5 selama 2 minit.  Gunakan teknik urut muka tiga jari.  Lanjutkan dengan mengurut bahagian atas pantat dan sisi pinggang.  Gunakan teknik urutan tiga jari di kedua sisi pinggang pesakit selama 3 minit, gunakan kekuatan 4.  Lalu gunakan urutan pangkal telapak dari belakang pinggang ke arah pantat selama 4 minit dengan kekuatan 7. Sesudah itu gunakan urutan pangkal telapak tangan untuk mengurut bahagian ulu hati ke arah pusat selama 1 minit dengan kekuatan 4.  Kemudian gunakan teknik urut tiga jari dengan kekuatan 4.  Kemudian gunakan teknik urut tiga jari dengan kekuatan 3 mulai dari perut kiri pesakit, ke atas kemudian menurun ke arah perut kanan, jadi arah gerakannya seperti jarum jam, setengah putaran saja.  Lama pengurutan 2 minit. Akhirnya gunakan teknik urut jari di titik 6 cm pada bahagian di atas  selangka.  Cukup sekali urut tapi tekanlah selama setengah minit dengan kekuatan 6.
  • BATUK BIASA.
Yang dimaksudkan batuk biasa asalah batuk yang berkaitan dengan influensa atau kerana kelelahan fizik dan kerana debu.  Rawatan urut berguna untuk meringankan penderitaan pesakit.  Untuk menghilangkan sama sekali penyakit ini harus digunakan resepi ramuan tradisional.
1.    Pertama gunakan urut menghilangkan rasa lelah, setelah itu gunakan empat jari untuk mengurut empat titik di bawah ketiak, tekanan 4 waktu cuku 2 minit.  Sesudah itu pindahlah ke bahagian kiri kanan tulang belakang.  Gunakan urut muka ibu jari dari bawah ke atas dengan kekuatan 5 selama 10 detik.  Ulangilh sehingga 10 kali.
Ramuan Untuk Batuk.
Batuk berat : Sering disebut juga batuk kokol.
Ramuan untuk ubat gosok :
-    Ambil jahe secukupnya, minyak tanah secukupnya.  Dan kecubung secukupnya.  Semua bahan ditumbuk dan dicampur kemudian gosokkan pada punggung anda.
Ramuan Untuk Diminum :
-    7 lembar daun sirih, Gula batu secukupnya, Air bersih 1 gelas.
Daun sirih dicuci bersih lalu direbus bersama gula dan air.  Biarkan mendidih hingga airnya tinggal setengah gelas. Pemakaiannya adalah 3 kali sehari sesenduk makan.
Berikutnya gunakan jari tengah saja untu melakukan urut unyeng (muka tiga jari) dengan kekuatan 3 selama 20 detik pada titik-titik di bawah ini.  Mulailah dari atas ke bawah.  Ulangilah urutan ini 3 kali.
  • GATAL CELAH JARI.
Kebanyakkan ibu-ibu bekerja membasuh pakaian dan sebagainya di dapur selalu kena penyakit gatal-gatal celah jari kaki dan baunya busuk. Untuk mengubatinya mudah sahaja, setiap pagi apabila hendak buang air kecil, maka air kencing yang mula itu gunakan untuk membasuh kaki yang gatal itu. Kemudian barulah membasuhnya dengan air bersih.
  • KAKI SELIUH.
Sering terjadi kaki seliuh bagi orang-orang yang berjalan laju, bermain dan sebagainya. Kalau sudah seliuh kaki, ambillah anak pisang abu batu dan dibakar atas dapur dan apabila panasnya tinggal panas kuku, gunakanlah pisang itu untuk mengurut kaki yang terseliuh itu selama tiga pagi.
  • KAKI AYAM PATAH.
Kalau kaki ayam anda didapati patah kerana terkena pukulan dan sebagainya, maka ambil daun serai balutkan kaki itu dari dekat jarinya hingga ke pahanya. Insya Allah dalam masa seminggu kaki ayam itu baik kembali.
  • TERKENA BESI PANAS.
Kita tidak berupaya mengelakkan dari hal-hal yang boleh menyakitkan kita seperti seterika panas, periuk belanga panas hingga ke ekzos motosikal. Apabila terkena demikian jangan lekas basuh dengan air sejuk kerana akan menjadikan kulit tempat yang terkena panas itu menggelembung. Gunakan cara begini:
Ambil secamca besar garam dan bancuh dengan sedikit air sejuk. Air garam itu disapu pada tempat yang kena panas itu. Insya Allah kulit tidak menggelembung dan cepat sembuh. Ataupun ambil ubat gigi dan sapukan ke atas kulit yang kena panas itu. Nescaya kulit tidak menggelembung.
  • SENGAL-SENGAL.
Penyakit sengal-sengal (rheumatism) biasanya menyerang ketika usia seseorang itu meningkat tua, tetapi ada juga berlaku pada orang-orang muda. Cara mengubatnya ada berbagai jenis, di antaranya:
Bawang Merah: Ambil tujuh ulas bawang merah dan ditumbuk. Masakkan dengan kira-kira enam camca besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakanlah minyak itu untuk menggosok di sendi-sendi yang sengal itu.
Halia: Ambil dua ketul halia kira-kira 10cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira-kira dua camca teh. Halia diparut atau ditumbuk , dibubuh sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya dan bubuh dalam gelas. Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga sebati. Minumlah dua hari sekali. Insya Allah sembuh.
Lada Hitam: Lada hitam kira-kira dua puluh biji ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosoklah pada sendi-sendi yang lenguh-lenguh itu.
Daun Lengkuas: Daun lengkuas lira-kira lima helai, daun serai wangi tiga helai, daun kunyit lima helai dan daun jerangau lima helai lalu direbus semuanya dalam satu periuk dengan airnya kira-kira dua gelen. Gunakan air itu untuk mandi pagi dan petang.
  • SAKIT MATA.
Susu Bulu Ayam: Untuk mengubati sakit mata (kalau doktor tidak didapati atau tidak ada ubat lain) cabutlah bulu ayam yang paling muda (bulu baru) dan dipangkal bulu ayam itu ada benda putih seperti susu, maka picitlah susu itu dan masukkan ke dalam mata seperti kita memasukkan cecair ubat yang diberikan oleh doktor. Biji mata anda itu putar-putarkan supaya susu bulu ayam itu menjadi rata pada biji mata. Buatlah pada waktu pagi, petang dan malam. Insya Allah sembuh.
  • PENING KEPALA.
Sirih dan Cengkih: Apabila anda diserang sakit kepala atau pening, menjadi marah-marah dan rungsing, mungkin ini disebabkan panas. Ambil daun sirih tujuh helai, bunga cengkih tujuh kuntum dan satu biji buah pala. Semuanya itu hendaklah ditumbuk hingga lumat. Ubat tradisional ini hendaklah ditempekkan atas ubun-ubun. Buatlah dalam tiga empat hari. Insya Allah sembuh.
  • PANAS BADAN.
Seri Gading: Kadang-kadang apabila kita bekerja di tengah panas atau kerana kurang meminum air, badan kita rasa panas dan air kencing kita berwarna kuning. Untuk mengubati panas badan ambillah daun seri gading (sirih gading) direbus dengan air kira-kira dua gelas dan biarkan mendidih hingga airnya tinggal segelas, apabila sudah sejuk minumlah dua tiga kali sekali.
  • SUKAR BUANG AIR.
Getah Jarak: Kalau anda memgalami susah buang air besar, cubalah mengubatinya dengan cara yang mudah, iaitu ambil tiga helau daun jarak pagar dan layurkan daun-daun itu ke atas api, kemudian disapu minyak kelapa. Tempekkan daun itu iaitu Bahagian yang berminyak pada perut anda dan balutnya. Insya Allah mujarab.
  • CACING.
Buah Pinang: Kalau anak anda mengalami cacing (apa jenis cacing) cuba cara tradisional ini:
Ambil sebiji buah pinang yang telah kering, rincik-rincik kemudian tiumbuk hingga halus. Serbuknya dibancuh dengan air panas dan diberi kepada anak anda untuk meminumnya. Insya Allah cacing tiada lagi. Serbuk buah pinang juga boleh mengubat kudis. Bancuhkan serbuk pinang dengan minyak kelapa dan sapu pada kudis itu.
  • SAKIT KUNING.
Ketumbar: Ambil ketumbar kira-kira 1 auns dan direbus dengan kira-kira dua gelas air. Biarkan mendidih hingga airnya tinggal satu gelas. Airnya diminum hingga habis. Amalkan meminum setiap pagi, tengahari dan petang.
  • KERACUNAN.
Susu: Kerang, udang dan ketam memanglah makanan yang sedap. Tetapi setengah-setengah orang akan mendapat keracunan atau mabuk seperti muntah-muntah atau sakit perut.
Kalau anda tidak dapat menemui doktor, maka minumlah susu lembu yang panas. Kalau tidak ada susu asli yang baru, boleh juga digunakan susu tepung.
Kalau keracunan itu akibat memakan ikan, minumlah air santan pekat kira-kira secawan kopi dan air kelapa hijau sebanyak itu juga.
  • TERLEBIH UBAT.
Air Kelapa: Sekiranya anda termakan lebih ubat yang diberi oleh doktor – kepala rasa pening dan badan rasa lemah, maka untuk mengubatinya ambil sebiji kelapa hijau dan minum airnya. Air kelapa juga boleh dibuat ubat demam kuning, iaitu ambil sebiji kelapa hijau yang penuh air, tebuk dan minum airnya hingga habis dengan hanya sekali nafas (minum tidak berhenti). Begitu juga, kalau anda kena campak, minum air kelapa hijau segelas dan sebelum minum bacalah:”Bismillah….” dan selawatkan Nabi Muhammad tiga kali.
  • MATA.
Daun Melur: Ambillah kira-kira 12 helai daun melur dan bersihkan sebelum direbus dengan air kira-kira dua atau tiga gelas. Apabila air itu sejuk gunakanlah untuk membasuh mata anda. Insya Allah sakit mata anda akan sembuh.
  • BAYI SEDU.
Kalau anda dapati bayi anda sedu-sedu, ambil secebis tetras surat khabar kira-kira sebesar ibu jari, sapukan dengan air liur anda dan tempekkan atas ubun-ubunnya, nescaya hilang sedunya.
  • BERHINGUS.
Ibu-ibu menjadi rungsing apabila melihat bayinya sentiasa berhingus dan yang lebih rungsing lagi sukar mendapatkan ubat yang sesuai untuk bayi. Cuba ubat cara tradisional ini iaitu ambil putik kelapa dan kunyah yang lembutnya itu dengan gigi siibu sendiri hingga lumat, kemudian tempekkan atas ubun-ubun bayi itu.
  • BUSUNG.
Ramai wanita yang lepas bersalin berlaku busung, iaitu peranakan atau rahimnya akan keluardan rasa sakit. Untuk mengubatinya, ambil ibu kunyit bara tumbuk dan bubuh sedikit air lalu diminum airnya kira-kira setengah gelas tiap-tiap pagi. Ambil ubi gadung atau ubi bara, parut halus-halus dan bubuh dalam periuk lalu dimasakkan. Gunakanlah ubi gadung ini unutk balut perut, sementara pada waktu pagi bakar batu (batu sungai atau batu-bata), apabila batu itu panas ambil daun mengkudu dan balut batu itu dan di luarnya balut dengan kain. Ajdikanlah batu itu untuk menghangatkan perut dengan cara menekan-nekan pada bahagian perut dan bawah pusat kira-kira satu jam. Lepas itu barulah balut perut. Yang baik bagi kain balut perut itu hendaklah panjang supaya balutan itu kemas.
  • MENGEMAS URAT.
Wanita-wanita yang baru bersalin urat sarafnya tidak kuat lagi, terutama bahagian bawah pusatnya. Kadang-kadang kalu silap rawatan atau silap makan boleh jadi busung. Cara mengubatnya, ambil batu sungai atau batu-bata dan bakar hingga panas. Ambil batu itu letakkan atas sesuatu yang mmengelakkan dari batu panas itu merosakkan hamparan dan sebagainya. Wanita yang baru bersalin itu duduk bertinggung di atas batu (jangan kena pada batu), selimutkan seluruh badannya dengan kain tebal hingga sampai ke bawah. Ambil cuka tuangkan kira-kira asatu camca atas batu itu. Wap atau asap batu itu biarkan kena semua anggota di bahagian bawah. Kain tadi turup supaya jangan keluar asap atau wap itu. Apabila habis wapnya tuang lagi cuka dan lakukan hingga batu itu sejuk. Amalkan selama tujuh hari. (Kena sabar kerana panas dan tubuh berpeluh).
  • LUKA-LUKA LEPAS BERSALIN.
Untuk mengubat luka-luka lepas bersalin, ambil buah manjakani dan bersihkan lalu diasah pada punggung pasu atau pada batu dan bubuh sedikit air. Air manjakani itu sapukan pada Bahagian yang luka itu. Lebih mujarab lagi, kira-kira satu gram buah manjakani direbus dan diminum airnya.
  • BATU KARANG.
Seseorang yang menghidap sakit batu karang, bukan sahaja menderita kesakitannya, tetapi apabila hendak buang air kecil sakitnya menjadikan seseorang itu menjerit atau hamper pengsan.
Ada berbagai cara untuk mengubatinya, di antaranya:
1. Ambil ubi lobak dibersihkan dan dimakan isinya mentah-mentah. Kalu tidak lalu makan mentah boleh direbus dan dimakan selalu.
2. Buah petai Cina (Laucaena glauca Benth) yang tua, ambil biji-bijinya dan dijemur. Lepas itu digoreng tanpa minyak. Apabila biji-biji itu menjadi hitam keluarkan dari tempat menggoreng dan ditumbuk.
Ambil satu camca teh serbuknya dan dibancuhkan dengan setengah gelas air masak. Minumlah tiga kali sehari. Insya Allah sembuh.
3. Ambil kira-kira satu cekak pegaga, bersihkan dan rebus daun, batang dan akar-akarnyasekali dengan air kira-kira tiga gelas dan biar mendidih sehingga airnya tinggal separuh sahaja. Minumlah airnya pagi, tengahari dan petang selama sepuluh hari.
  • MEMELIHARA WAJAH.
Untuk memelihara wajah yang licin dan berseri tidak usah menggunakan ubat-ubat atau losyen yang mungkin membahayakan muka, mendapat tompok-tompok hitam dan sebagainya. Cara yang baik ialah ambil beras ½ kg dan setengah auns limau nipis yang telah masak. Beras itu diberdihkan dan perah air asam limau nipis ke dalam kuali dan bubuh beras lalu digorengkan hingga kering dan menjadi hitam kering. Kemudian tumbuk dan ayak. Ambil tepung beras itu dan bancuh dengan air sejuk dan gosoklah pada muka seperti menggosok daki. Kalau mahu lebih baik, biarkan pekatan tepung itu kering di muka barulah bersihkan dengan air sejuk.
  • MERAH BIBIR.
Bagi wanita-wanita muda tentulah mahukan kedua-dua bibir mereka kelihatan putih cantik – laksana delima merkah, tetapi jika bibir pucat bolehlah mencuba ubat tradisional ini:
Ambil sebuku halia dan ditumbuk dengan dibubuh sedikit air, perahkana airnya ke dalam cawan, lalu dibubuh kuning telur ayam kampung sebiji dan makanlah tiap-tiap pagi dan malam waktu hendak tidur.
  • BADAN GEMPAL.
Banyak ikhtiar dibuat orang untuk menjadikan tubuh mereka gempal (bukan gemuk), tetapi jarang yang berhasil. Satu cara dilakukan orang ialah minum air masak satu gelas pada waktu tengah malam dan waktu subuh.
  • MENCEGAH BATUK.
Bagi orang-orang yang tinggal di kampong, kalau hendak mencegah sakit batuk, pada tiap-tiap pagi sebelum mandi minumlah air perigi kira-kira satu gelas. Insya Allah berhasil.
  • BUAH DADA.
Bagi ibi-ibu muda kalu buaha dada mereka kecut dan lembik boleh menimbulkan keresahan dalam hati mereka, maka unutk mengatasinya, ambil beberapa helai daun sirih yang muda, sapukan minyak kelapa dipermukaan daun itu lalu layurkan atas api kira-kira 10-6 cm jaraknya. Setelah daun-daun sirih itu layu dan hangat-hangat kuku, bahaian yang berminyak itu diletakkan pada kulit buah dada dan balut hingga tutup semuanya kecuali putingnya.
Apabila daun sirih itu sejuk ganti dengan daun sirih yang suam-suam kuku juga. Buatlah dua tiga kali setiap hari selama dua tiga jari bulan. Insya Allah buah dada menjadi tegang.
  • DEMAM KURA.
Biasanya orang yang kena demam kura badannya sejuk dan meggigil-gigil selama hamper satu jam. Untuk mengubatinya, ambil sebiji buah pinang yang masih putih dan isinya masih lembut, ambil tujuh biji lada dan kedua-duanya tumbuk hingga lumat. Kemudian balutkan atau tampalkan pinang tumbuk itu pada ibu jari kaki kanannya dan balut dengan kain supaya tidak tertanggal. Insya Allah menggigilnya berhenti serta-merta.
  • KETUAT.
Ketuat (kutil) sering tumbuh pada tangan dan kaki kanak-kanak dan orang dewasa pun ada. Untuk mengubatinya albil getah betik dan sapukan pada ketuat itu. Lakukan beberapa kali. Insya Allah ketuat itu hilang dan tidak tumbuh lagi.
  • KENCING MANIS.
Pengidap kencing manis bolehlah mencuba cara ini:
Tupai disembelih dan ambil dagingnya. Makan dagingnya mentah dan jangan membasuhnya. Kalau tidak boleh memakannya mentah-mentah, bolehlah dimasak tetapi jangan dibubuh garam dan sebagainya. Mengamalkan memakan daging tupai, boleh meyembuhkan penyakit syahwat bagi lelaki.
  • SUSAH BUANG AIR BESAR.
Air kopi tanpa gula dibubuh sedikit air limau nipis boleh membantu anda yang sukar buang air besar. Bancuh serbuk kopi dengan air panas. Perahkan air limau nipis ke dalamnya. Minumlah ketika hendak masuk tidur.
  • SELSEMA.
Kalau dengan tiba-tiba anda diserang selsema dan anda tidak mahu makan kapsul, maka anda boleh cuba cara ini:
1. Ambil satu camca besar sebuk teh dan masukkan ke dalam air panas satu gelas. Ditapis dan ambil airnya lalu diperah air limau nipis ke dalamnya. Minumlah, insya Allah selsema anda hilang.
2. Ambil seulas bawang merah, buang kulitnya dan kunyak lalu makan bawang itu. (Cara begini pernak diamalkan oleg orang-orang zaman Nabi Muhammad dahulu).
  • HIDUNG BERDARAH.
Kadang-kadang seseorang itu tidak menyangka dengan tiba-tiba berlaku hidung berdarah (darah lindung). Kalau berlaku pada diri anda, maka ambil sehelai daun sirih, carik-carikkan dan kemudian gulung menjadi kecil lalu sumbatkan pada lubang hidung yang berdarah itu.
  • LUKA.
Apabila mana-maan anggota anda terluka, ambillah segera seekor gamat dan potong badannya lalu airnya disapu pada luka itu, nescaya luka anda itu sembuh dengan cepatnya.
  • KENA MINYAK.
Wanita yang bekerja di dapur selalunya terkena minyak panas seperti minyak goreng ikan. Tak usah risau, untuk mengubatinya ambil sebiji telur ayam kampung tetapi ambil yang kuningnya dan sapukan beberapa kali pada tempat yang kena minyak itu. Selain dari lekas sembuh tempat itu tidak akan meninggalkan kesan.
  • PARUT.
Semua orang mahu kulit badannya bersih dan tidak ada kesan-kesan yang mencacatkan. Untuk mengatasinya, apabila anda terluka dan telah berparut muda, carilah kayu halban yang basah. Potongkan kayu itu sehingga tinggal kira-kira sesku meter lalu dibakar. Apabila hujung kayu yang di luar api itu mengeluarkan buih, maka ambillah buihnya dan sapukan pada parut itu. Lakukan dua tiga kali nescaya parut itu tidak kelihatan lagi.
  • KULIT DIMAKAN AIR.
Luka-luka pada leher bayi (dimakan air), pada lipatan paha dan sebagainya memang merisaukan ibu-ibu. Untuk mengubatinya senang sahaja. Ambil minyak kelapa dan sapukan pda tenpat luka itu, kemudian barulah disapu bedak. Insya Allah luka itu sembuh.
  • LUKA.
Apabila anda luka terkena sembilu atau kaca dan sebgainya, jika di rumah tiada ubat, maka ambillah siput lorik (siput babi), pecahkan kulitnya dan ambil airnya sapukan pada tempat luka. Darah tidak akan keluar lagi dan luka cepat sembuh.
  • CEKAM.
Orang-orang kampung selalu mengalami sakit cekam, kerana mereka bekerja dalam sawah atau bekerja tidak pakai kasut. Cekam ini pula baunya busuk. Untuk mengubatinya:
Sebiji ibu kunyit ditumbuk dan dicampurkan dengan asam jawa lalu ditambah dengan sedikit air supaya jadi kental. Bubuh sedikit minyak kelapa. Bungkus dalam daun pisang dan di panggang aau dipanaskan atas api. Biar sejurus supaya kurang panasnya. Apabila kurang panasnya tempeklah pada ibu jari dan balut dengan kain. Lakukanlah dua tiga kali. Insya Allah cekam akan sembuh.
  • LUKA KENA PISAU.
Jika terkena luka akibat pisau, parang dan darah banyak keluar, ambillah dua tiga biji bawang merah dan tumbuk dengan sedikit gula pasir. Lepas itu ramuan itu ditempek pada luka itu, nescaya darah tidak keluar lagi dan lukanya cepat sembuh. Kalau luka lambat sembuh, seperti luka pada kanak-kanak nakal, ambil lima ulas bawang merah, ditumbuk dan dicampur dengan minyak kelapa lalu dipanaskan. Apabila ubat ini suam-suam kuku tempekkan pada luka itu dan balut. Lakukanlah dua tiga kali.
  • KENA AIR PANAS.
Sekiranya anda terkena air panas, minyak panas dan sebagainya, kalau tiada ubat lain, bolehlah gunakan minyak dari lemak biawak. Sapukan minyak itu pada tempat terkena air panas dan nescaya kulit tidak melepuh, cepat sembuh dan tidak kelihatan kesannya apabila telah sembuh.
  • MUKA BERSERI.
Untuk mendapatkan wajah yang berseri-seri, ambil beberapa helai daun (pucuk) lengundi dan rebus. Pucuknya dibuat ulam dan airnya diminum macam kuah sayur bayam. Insya Allah wajah anda berseri. Boleh juga digunakan kayu lengudi untuk dijadikan senduk nasi atau gulai, khasiatnya wajah anda akan berseri.
  • SERBUK PERASA (Makanan).
Sekarang ramai orang bersungut akan bahayanya makan makanan yang dibubuh serbuk perasa, maka untuk mengelak dari menggunakan serbuk perasa, ambil kayu pokok sekentut (daunnya bau kentut) dan jadikan senduk. Lakukanlah dan anda akan tahu hasilnya nanti.
  • BIBIR PECAH.
Sekiranya anda mendapat sakit bibir; bibir jadi retak atau pecah, maka ambil getah jarak dan sapukan pada bibir yang luka itu nescaya lekas sembuh.
  • WANITA TIDAK BERTENAGA.
Wanita-wanita yang bekerja kuat di dapur selalunya letih, tidak bermaya dan lemah. Untuk memulihkan badan supaya menjadi segar dan bertenaga, ambil sebiji asam limau nipis, sebiji telur ayam kampong dan satu camca teh gula merah. Perah asam limau dan ambil airnya. Masukkan kuning telur ke dalam air limau itu dan kacaukan hingga berbaur kemudian campurkan gula merah dan kacau lagi. Bubuh sedikit air dan diminum. Lakukanlah pada tiap-tiap pagi, nescaya badan bertenaga semula.
  • MEMBUANG PANAS BADAN.
Kanak-kanak yang berusia 4 hingga 10 tahun sering mengalami panas badan – menangis, muntah dan badannya panas. Untuk mengubati panas badan, ambil sebiji kelapa hijau yang muda, diceduk isinya dengan camca, sebiji telur ayam diambil kuningnya saya dan satu camca teh madu lebah. Semua ramuan itu dicampurkan lalu diberikan kepada anak yang panas badang itu untuk dimakan semua sekali. Insya Allah dalam masa 2 jam panasnya hilang.
  • BAYI MUNTAH-MUNTAH.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu sendiri, sering mendapati anak mereka muntah-muntah dan air muntah itu keluar ikut hidung. Cuba lakukan pengubatan cara tradisional, iaitu ambil abu dapur (abu dari kayu) dan bancuh dengan air sejuk lalu basuhlah buah dada anda dengan air abu itu. Kemudian, abu itu dibubuh atas tapak tangan dan dibancuh dengan air sejuk lalu disapu kepada buah dada buat beberapa saat. Basuh semula. Buatlah sebanyak tiga kali sehari, iaitu waktu mandi. Insya Allah bayi anda tidak akan muntah-muntah lagi.
  • BULU BETIS.
Wanita yang cantik tidak manis dipandang kalau betis mereka banyak bulu roma – macam kaki pondan pula. Untuk membuang bulu roma di kaki, ambil beberapa helai daun cili atau cabai burung (cabai Melaka) dan kapur sirih, tumbuk dan adunkan daun cabai kapur sirih, tumbuk dan adunkan daun cabai dengan kapur sirih, kemudian gosokkan pada betis anda pada tiap-tiap kali mandi. Nescaya bulu betis anda gugur dan betis anda kelihatan cantik.
  • CIRIT.
Kalau terdapat orang dewasa mengalami cirit-birit, untuk mengubatinya ialah ambil kulit delima dan kulit manggis ditumbuk dan campurkan sedikit air, kemudian campurkan dengan air sirih dan gambir. Ubat itu disapu pada perut pesakit dan kalau tidak mahu kelihatan kotor, balutlah dengan kain. Insya Allah cirit berhenti.
  • RAMBUT.
Ramai wanita yang gelisah kerana rambut mereka tidak subur dan kelihatan macam lalang kekeringan. Untuk menyuburkan rambut, ambil beberapa biji pisang Ambon (pisang bunga) dan ambil kulitnya. Dijemur kulit pisang itu selama seminggu hingga betul-betul kering. Kulit pisang itu dibakar dengan api kayu hingga jadi arang. Ambil arang itu dan bancuh dengan air (biar pekat), lepas itu tapis ambil airnya. Airnya itu diembunkan selama sau malam. Setelah rambut anda dibersihkan dengan syampu misalnya, maka basuhlah dengan air kulit pisang itu dan urut-urut kulit rambut anda. Lepas itu basuhlah dengan air sejuk. Insya Allah rambut anda subur.
  • GATAL.
Sekiranya anda mengalami gatal kulit atau kudis buta, kalau sukar mendapat ubat doktor , maka carilah belerang kuning sekadar dua camca dan bancuh dengan minyak makan. Sapulah pada tempat gatal atau kudis buta itu. Insya Allah sembuh.
  • MABUK (PERJALANAN).
Sesetengah orang menjadi mabuk kalau menaiki bas atau kereta dalam perjalanan yang jauh. Untuk mengatasinya bila berjalan seperti itu bawalah sedikit kuaci, apabila terasa akan mabuk kunyah sedikit kuaci itu. Mabuk akan hilang.
  • PENING.
Sekiranya anda mengalami pening dan akan muntah (loya-loya) ambil sedikit daun beka (bonglai), layurkan sebentara ke atas api dan uparkan hingga keluar lendirnya lalu gosokkan kepada kepala nescaya hilang pening. Boleh digunakan juga ketika mabuk laut.
  • BERAT BADAN.
Untuk mengurangkan gemuk dan berat badan anda, cuba amalkan ubat tradisional berikut: Daun helai daun betik yang muda, setengah auns kunyit, setengah camca besar asam jawa dan setengah gelas air masak. Daun betik dan kunyit itu ditumbuk hingga lumat, campurkan sedikit demi sedikit air, diperahkan dan ambil airnya sahaja. Apabila air itu sudah anda masukkan ke dalam gelas, maka masukkan asam jawa dan bancuhkan hingga hancur. Minumlah tiap-tiap pagi sebelum bersarapan.
  • PANAU.
Di kampung-kampung pedalaman kita masih dapat melihat orang-orang lelaki yang berpanau pada muka dan seluruh belakang. Ianya gatal-gatal dan kebanyakan orang sukar mengubatinya. Untuk mengubatinya, ambil seketul lengkuas, potongkan dan bahagian yang kena potong itu digosok perlahan-lahan pada panau itu. Lakukanlah beberapa kali. Insya Allah sembuh.
  • KUTU KEPALA.
Kanak-kanak yang berambut panjang dan tidak menjaga rambut, sering didiami kutu kepala. Untuk menghapuskan kutu, cubalah cara ini:
Ambil buah serikaya dan keluarkan bijinya. Bijinya itu digoreng tanpa minyak dengan serai yang telah dirincis-rincis. Gorenglah hingga hangus. Keluarkan dari kuali dan masukkan ke dalam minyak kelapa yang dimasak. Gosoklah ubat itu pada rambut di kepala hingga rata, kepala dibungkus kira-kira dua jam. Kemudian basuhlah kepala dan rambut dengan air sejuk.
  • PERUT KEMBUNG.
Jika perut tiba-tiba kembung dan sakit, ambillah sehelai kertas suratkhabar sebesar wang kertas dan buat kelongsong. Pada hujung kelongsong yang tajam itu disapu sedikit minyak tanah. Orang yang sakit itu biarkan telentang, kelongsong tadi diletakkan di atas perutnya dan biarkan hujung kelongsong itu ke atas. Bakar hujungnya dan apabila api sudah makan kertas itu, maka tutup dengan cawan atau gelas kecil. Api tentu mati dan asapnya tinggal dalam gelas itu. Gelas yang berisi asap itu cepat-cepat tutup pada perutnya. Insya Allah kembungnya hilang.
  • PERUT LEPAS BERSALIN.
Kebanyakan wanita muda apabila lepas bersalin kelihatan perut mereka besar disebabkan kurang penjagaan. Untuk menjadikan perut anda langsing atau tidak besar, boleh anda mengubati secara tradisional, iaitu: Ambil sebiji limau nipis perah airnya kira-kira secamca sedikit kapur makan dan masukkan sediti minyak kayu putih. Setelah selesai mandi dan mengurut, sapulah ubat tadi kepada perut anda dan kemudiannya dibarut. Yang baiknya menggunakan barut yang panjang atau disebut setagen.
  • KENCING.
Ada orang yang dihinggapi penyakit selalu buang air kecil (kencing), maka untuk mengatasinya anda aboleh mengubatnya sendiri dengan menggunakan ubat tradisional ini, iaitu ambil daun misai kucing kira-kira secekak dan rebus. Minumlah airnya setiap pagi dan petang selama seminggu.
  • SAKIT KEPALA.
Sakit kepala ada bermacam-macam, tetapi ada sejenis sakit kepala yang menjadikan seseorang itu menderita, kerana ia sentiasa menyerang hingga kita tidak berdaya. Kadang-kadang ubat daripada doktor pun tidak member kesan. Maka ubat yang mudah ialah: ambil hempedu ayam satu hingga lima biji. Telanlah hempedu itu sebiji demi sebiji dengan pisang berangan atau pinang emas. Lakukanlah dalam masa sebulan sekali. Insya Allah sakit kepala anda tidak akan berulang lagi.
  • SAKIT PINGGANG.
Kebanyakkan orang yang menghidap sakit pinggang menjadikan hidup mereka derita, maka untuk mengubatinya:
1. Ambil daun pecah beling kira-kira lima helai, direbus semuanya dan airnya diminum sehari tiga kali: pagi, tengahari dan malam.
2. Ambil lengkuas ranting tiga buku, ditumbuk dan masukkan sedikit air lalu diperah ambil airnya. Air lengkuas itu dicampur dengan satu camca manisan lebah. Minumlah tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.
  • PUCAT KURANG DARAH.
Untuk mengubati penyakit pucat kurang darah, ambil dua biji telur kampong tetapi ambil kuningnya sahaja, bancuhkan dengan madu lebah yang asli (bukan yang diimport) satu camca teh, masukkan air limau nipis dari sebelah potongan dan air daun bayam merah kira-kira setengah cawan. Bancuhlah semua itu hingga sebati. Minumlah setiap pagi sebelum bersarapan.
  • SAKIT TEKAK.
Biasanya apabila hari terlalu panas kita diserang sakit tekak dan suara menjadi serak dan ada yang hanya bunyi macam itik serati sahaja. Cara mengubatinya, ambil sebiji limau nipis dimabil airnya dicampur dengan sedikit kicap. Minumlah dua kali sehari. Insya Allah sembuh.
  • MEMBUANG TAHI LALAT.
Untuk membuang tahi lalat yang tidak diingini pada wajah anda, ambil buih kayu waktu kayu itu dibakar hujungnya dan sapukan pada tahi lalat itu. Buatlah tiga kali sehari nescaya tahi lalat anda hilang. Tetapi, rasanya pedih.
  • DEMAM PANAS.
Untuk meredakan demam panas:
1. Sediakan air dalam satu timba besar, ambil tempurung kelapa kira-kira lima belah atau dua setengah biji dan bakarkan. Apabila tempurung itu dimakan api hingga hampir jadi bara, maka masukkannya ke dalam air itu. Mandilah dengan air itu, nescaya demam panas menurun.
2. Ambil umbut pisang kelat air kira-kira satu meter dan cincang lalu dimasukkan ke dalam air kira-kira satu timba. Bancuhkan kira-kira dua gram asam jawa dalam air itu. Mandilah.
Kedua-dua cara ini hendaklah dilakukan pada waktu malam.
  • SAWAN.
Penyakit sawan biasanya pada bayi. Apabila berlaku sawan, kedua-dua biji mata bayi itu terbeliak dan mulutnya tertutup. Ada pula orang menyangka dirasuk hantu atau bajang. Cara mengubatinya ialah pada tiap-tiap malam Selasa, bawa bayi itu ke dalam bilik air, bapanya pakai kain basahan (jangan telanjang) letakkan bayi itu antara dua betis dan sibapa mandi dan biarkan air mandi bapa itu menjirusi bayi itu.
  • DENGKUR.
Bunyi berdengkur boleh mengganggu orang lain yang sedang tidur. Ubatilah dengan cara tradisional, iaitu ketika orang itu tidur, ambil semanggang (panggang) dari buluh yang telah digunakan dan diletakkan ke atas lehernya lalu pura-pura melakukan sembelih pada leher orang tersebut.
  • LUMPUH.
1. Pesakit itu dimasukkan ke dalam lubang tanah merah hingga ke paras bahunya (lubang baru) dan dikambuskan. Biar dari leher hingga kepalanya sahaja di luar. Biarkan dia di dalam tanah itu kira-kira 12 jam, barulah dikeluarkan kembali.
1. Ambil tujuh ekor anak tikus yang masih merah dan telan semuanya. Lepas itu berendam dalam air (kolah, sungai, tasik atau telaga) hingga paras leher. Amalkan dua kali sehari – dari jam 4.00 pagi hingga 6.00 dan dari jam 4.00 petang hingga 6.00. (Cara ini jarang diamalkan oleh orang-orang beragama Islam).
  • BAU PETAI.
Untuk menghilangkan mulut berbau petai:
1. Ambil sedikit beras, kunyah dan luahkanlah beras itu.
2. Memakan timun mentah.
3. Menggigit bunga cengkih.
Lakukan demikian setiap kali selepas makan petai.
  • BAU TANGAN.
Apabila anda memakan budu, pelara, pekasam dan cencaluk tangan anda berbau busuk walau pun anda membasuhnya dengan menggunakan sabun wangi. Caranya: Ambil sehelai pucuk pisang yang masih putih dan rebus, kemudian anda ramaskan daun pisang itu dengan tangan anda yang busuk itu nescaya baunya hilang.
  • PEKAK.
Untuk mngubati pekak ambil air suam dan bubuh sedikit garam lalu dikacau. Kemudian sedutlah air itu dengan salah satu lubang hidung anda hingga air itu keluar melalui mulut. Lakukanlah pada waktu pagi dan petang. Insya Allah berhasil.
  • RAMBUT JARANG.
Untuk mengatasi rambut anda yang jarang, ambillah telur udang dan gosokkan pada kepala anda waktu hendak masuk tidur dan biarkan hingga pagi. Besok pagi barulah basuh hingga bersih sehingga tidak berbau hanyir. Insya Allah rambut anda lebat semula.
  • SAKIT BADAN.
Orang-orang yang bekerja kuat, olahrawagan dan orang-orang yang mempunyai isteri dua tiga orang, selalunya tenaga menjadi lemah dan badannya rasa sakit pada waktu malam. Anda boleh mengubatinya dengan mangambil dua biji pisang emas(yang besar0 direbus atau dibakar dan makan dengan masu lebah sebanyak satu camca teh. Amalkanlah tiap-tiap malam.
  • ANAK TAK MAHU MAKAN.
Untuk membuka selera anak anda, ambil mungsi Arab (rupanya seperti jintan dan baunya agak keras dan selalunya orang campurkan dalam jamu). Tumbuk mungsi Arab itu hingga lumat dan bancuh dengan suku gelas air panas dan masukkan sedikit gula pasir. Berilah anak itu minum tiga hari berturut-turut.
  • KHATAN.
Serbuk kemenyan yang halus seperti tepung boleh dibuat ubat luka kena khatan.
Caranya: Ambil kemenyan yang berwarna putih, tumbuk dan ayak ambil tepungnya. Sapulah serbuk kemenyan itu pada luka kena khatan.
  • BOTAK.
Darah Merpati: Sembelih seekor burung merpati, ambil darahnya dan sapu pada kepala yang botak itu.
Air Kacang Hijau: Kacang hijau kira-kira segenggam dibasuh lebih dahulu kemudian direndam semalaman. Gunakanlah air itu untuk membasuh kepala pda tiap-tiap pagi dan malam.
Mentega: Ada juga orang yang cuba, iaitu sapukan mentega pada kepala yang botak itu ketika hendak masuk tidur. Lakukan selama tujuh malam.
  • KENCING MALAM.
Untuk mengubati kencing malam ambil kuku kambing (kaki kambing), 2 camca teh madu lebah dan air setengah gelas. Kuku kambing itu bakar sampai hangus (jadi arang). Ditumbuk hingga lumat, kemudian masakkan dengan madu itu hingga mendidih lalu diangkat. Ditapis ambil airnya sahaja dan apabila air itu suam-suam kuku, air itu diberi anak anda untuk meminumnya. Insya Allah tidak kencing di tempat tidur lagi.
  • KELEMUMUR.
Untuk mengubati kelemumur, ambil akar sintuk kira-kira tiga urat atau satu batang, rendamkan dalam air sejuk hingga berbuih. Airnya gunakan untuk membasuh rambut dan kepala.
  • TELINGA BERNANAH.
Untuk mengubati telinga bernanah, ambil getah jarak pagar (tangkai daunnya), titik atau titiskan ke dalam telinga yang bernanah itu tiga kali sehari. Insya Allah sembuh.
  • SAKIT WANITA.
Wanita yang baru melahirkan anak sering mengalami sakit pada bahagian kemaluannya.
Cara mengubatinya: Ambil buah bijan kira-kira 25 gram dan di goreng tanpa minyak. Tumbuk sampai lumat dan kemudian dibungkus dengan kain yang bersih. Ketika bungkusan itu panas-panas kuku tuamlah tempat itu atau duduk di atasnya dan bagi kena pada tempat yang sakit itu. Lakukan selama tiga hari. Serbuk bijan yang telah dipakai itu boleh digoreng semula untuk digunakan. Berubat cara ini akan mengelokkan juga saraf wanita.
  • SUSAH BUANG AIR KECIL.
Ubi kentang boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit susah buang air kecil. Ubi kentang itu direbus dengan kulitnya hingga empuk. Ambil air yang digunakan untuk merebus dan diminum. Ubi itu dibuang kulitnya dan dimakan. Ataupun ubi kentang yang telah direbus iru di lenyekkan dan dibubuh sedikit garam. Lepas itu tempeklah pada abahagian ari-ari dan ikat dengan kain supaya ubi tidak lekang dan jatuh.
  • KENCING MANIS.
Daun Sirih: Ambil sepuluh helai daun sirih dan bawang merah kir-kira lima ulas. Kedua-dua bahan ini direbus dengan air sebanyak dua gelas. Setelah air itu dingin minumlah tiap-tiap hari pada sebelah pagi dan petang.
Akar Seruntun: Ambil kira-kira dua inci akar seruntun (patawali), ditumbuk hingga lumat kemudian dimasukkan ke dalam air sejuk kira-kira setengah gelas dan kemudian ditapis. Minumlah pad tiap-tiap hari pagi atau malam.
Kulit Petai: Kulit batang petai kira-kira sebesar tapak tangan direbus dalam periuk dengan air sejuk. Biarkan lama mendidih sehingga kelat-kelat dari kulit petai itu keluar dan air menjadi hitam. Minumlah setiap pagi atau malam sebanyak satu atau setengah gelas. Sekiranya sukar untuk mendapatkan kulit batang pokok petai, dapatkan kira-kira lima keping buah petai. Direbus dalam periukdengan air sejuk. Biarkan ia empuk. Ambil airnya kira-kira setengah gelas dan minum pada tiap-tiap pagi atau malam. Isinya boleh dimakan dengan nasi.
Kulit Jering: Kulit buah jering direbus dalam periuk kira-kira sepuluh biji hingga keluar air kelatnya dan biarkan sejuk. Minum setengah gelas pada waktu pagi atau waktu malam. Kulit pokok jering baik juga dibuat ubat kencing manis iaitu direbus seperti merebus kulit petai dan minum airnya kira-kira setengah gelas. Minum tiap-tiap pagi atau malam.
  • BAU NAFAS.
1.Ambil sebuku asam jawa (kira-kira sebesar ibu jari kaki) bancuh dengan gula merah dan bubuh sedikti air panas. Ambil airnya dan diminum.
Amalkan setiap malam sebelum masuk tidur.
2.Ambil akar bayam kira-kira satu ikat (10 batang), garam sesuku camca teh, tumbuk batang bayam tadi hingga lumat dan campukan garam.
Perah dan ambil airnya, kemudian diembun semalaman. Apabila bangun tidur waktu pagi minumlah. Amalkan tiga pagi.
3.Air teh yang pekat dan jangan dicampur gula digunakan untuk berkumur tiap-tiap pagi.
  • TERCEKIK TULANG IKAN.
Apabila anda terlekat ulang ikan, cepat minum secamca besar cuka dan kalu masih terasa lagi minum satu camca lagi.
Ada satu cara lagi, ambil tutup periuk dan bubuh air kira-kira satu gelas di dalamnya. Baca “Bismillah...” tiga kali sambil memohon kepada Allah. Tutup periuk itu dipusing beberapa kali. Lepas itu minum air di dalamnya.
  • GATAL KULIT.
Untuk mengubati gatal kulit: Ambil tiga biji ragi, tiga ulas bawang putih dan spirit tiga camca besar. Ragi dan bawang putih itu ditumbuk hingga lumat dan dibancuh dengan spirit.
Setelah dibersihkan tempat yang gatal itu, sapulah ubat ini pada tempat gatal itu. Buatlah beberapa kali.
Untuk mengubati penyakit kulit yang seakan-akan kurap:
1. Buah maja (Aegle Marmelos Corr) dibakar sampai panas. Dibelah, ambil isinya dan tempekkan pada tempat gatal itu. Sebelum menempeknya, tempat gatal itu hendaklah dibersihkan dengan air panas dan sabun.
2. Akar kelapa gading yang masih muda (akarnya) direbus dan minum airnya setiap pagi selama satu minggu.
3. Daun duku tiga helai tumbuk sampai lumat. Bancuh dengan air dan tapis ambil airnya. Biarkan ia daun duku itu di dalam bekasnya selama semalam dan esoknya ambil patinya. Sapulah patinya pada tempat gatal itu.
4. Santan kelapa yang pekat (kepala santan) dicampur dengan sedikit gambir. Dimasak hingga keluar minyak. Ambil minyak itu sapukan kepada tempat gatal itu.
  • GIGITAN KALA JENGKING.
Apabila seseorang digigit oleh kala jengking dia hampir pengsan. Untuk mengubatinya, tangkap seekor cicak, potong hujung ekornya lalu ditekan pada bekas sengatan kala jengking itu. Bisa akan hilang tetapi cicak mati kerana bisa kala jengking itu berpindah ke dalam tubuhnya.
  • GUSI BERDARAH.
Biasanya kalau seseorang itu kekurangan vitamin C, dia akan mengalami sakit gusi berdarah, pecah-pecah bibir. Ambil setengah camca besar garam dan bancuh dengan air suam. Air itu digunakan untuk berkumur.
  • KAKI BENGKAK.
Wanita hamil tujuh bulan ke atas, sering mengalami bengkak atau berbiji-biji seperti lintah kenyang di kedua-dua kaki. Untuk mengubatinya, ambil sedikit asam jawa (yang hitam) bancuh degan ragi dan bubuh sedikit air. Gosok-gosokkan ubat itu pada kedua-dua belah kaki apabila hendak masuk tidur malam. Lakukan selama seminggu, nescaya kaki anda tidak bengkak lagi.
  • IKAN MASIN.
Kadang-kadang kita dapati ikan masin yang kita beli terlalu masin. Untuk mengurangkan masinnya, cuba ambil sehelai kertas suratkhabar dan balut ikan itu, kemudian rendamkan ke dalam air tawar kira-kira tiga minit. Nescaya masinnya berkurangan.
  • ANDA MAHU ANAK?
Untuk mendapatkan anak (hamil) anda perlu berikhtiar cara ini:
Kunyit bara sebesar ibu jari, dun asam jawa kira-kira dua genggam dan sedikit garam. Semua bahan ini ditumbuk dan diperah dengan dibancuh dengan air lebih dahulu. Airnya diminum sebelum sarapan pagi dan makan malam. Amalkan selama dua tiga minggu.
  • MEMBANYAKKAN SUSU.
Ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan susu sendiri kadang-kadang menghadapi kekurangan susu, maka untuk menambahkan susu, cuba cara ini:
Buah kencur sebesar ibu jari, lima buah kedaung, tiga kuntum bunga cengkih, setengah cawan beras, sepotong halia sebesar ibu jari, kulit kayu manis, gula merah secukupnya dan sebiji limau nipis. Cara membuatnya ialah beras direndam sebentar dan toskan dan digorengkan (tanpa minyak) hingga berwarna coklat. Diangkat dan ditumbuk hingga halus. Buah kedaung di goreng.
  • ANAK LAMBAT TIDUR.
Kanak-kanak yang berumur antara setahun hingga tiga tahun lambat tidur pada waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini senang sahaja, iaitu basahkan kepalanya dengan air sejuk dan bawa dia ke jendela atau keluar rumah sebentar dan bawa masuk semula. Sebentar kemudian dia akan tidur.
  • DEMAM BERDARAH.
Demam berdarah (denggi berdarah) adalah demam yang agak berbahaya. Cara mengubatinya ialah:
Ambil kunyit sebesar jari, temu hitam (Curcuma aeruginosa Roxb), pokok munira (Phyllanthus niruri Linn) tiga pokok, sehelai daun betik yang masih muda bersama tangkainya. Sedikit garam. Semua ramuan itu ditumbuk hingga lumat, bubuh air sedikit kemudian diperah dan ambil airnya dan bubuh sedikit garam untuk menghilangkan rasa pahitnya. Minumlah sekali sehari selama satu minggu, nescaya demam menjadi kebah semula.
  • MUKA BERMINYAK.
Untuk menghilangkan minyak pada muka, ambil daun paria (Amara indica rump) dan gosoklah pada muka setiap malam sebelum tidur kira-kira sebulan. Insya Allah muka tidak berminyak lagi.
  • BERUBAN.
Ada orang yang dalam usia masih muda sudah tumbuh uban. Untuk mengubatinya, ambil tanduk kerbau, kemudian potong kecil-kecil dan direbus seperti membuat sup. Airnya diminum dua kali sehari. Kalau airnya kurang dalam periuk, tambah lagi dan buatlah selalu nescaya rambut anda menjadi hitam.
  • ULAT BULU.
Bengkak pada jari tangan akibat terkena ulat bulu sakitnya bukan kepalang. Untuk mengubatinya, ambil umbut kantan dan bakar. Kemudian umbut yang panas itu biarkan sehingga kurang panasnya sedikit, lalu dibalut pada jari yang bengkak itu. Balut pula dengan kain supaya kemas. Insya Allah bengkak itu berkurangan.
  • DIGIGIT KUCING.
Biasanya tangan kanak-kanak yang digigit kucing akan membengkak dan bernanah. Kalau boleh buangkan nanahnya dan ditempek dengan halia. Cara membuatnya ialah ambil halia,buang kulitnya dan tumbuk, bubuh sedikit minyak kelapa kemudian dibalut dalam daun pisang ataupun dibubuh dalam tin dan panaskan atas api. Apabila sudah panas angkat dan biarkan panasnya menjadi suam-suam kuku, maka tempeklah pada tangan yang bengkak itu.
  • LEBAM.
Apabila terhantuk pada benda-benda keras, kulit anggota kita jadi biru lebam. Cubalah:
1. Ambil sedikit garam campurkan dengan asam jawa dan bancuh dengan sedikit air sejuk. Kemudia sapukan pada tempat yang lebam.
2. Ambil pasir dan bungkuskan dengan kain hingga menjadi puncut kecil. Pasang pelita atau lilin dan layur atau panaskan atas api itu, kemudian tangaskan pada tempat lebam itu.
  • PARUT HITAM.
Kalu bekas luka pada tubuh anda menjadi hitam, maka untuk menghilangkannya ialah ambil sebiji ubi kentang dan diparut atau ditumbuk hingga lumat kemudian tempekkan pada tempat yang hitam itu. Amalkan tiap-tiap hari. Mudah-mudahan berhasil.
  • LEMAH BADAN.
Untuk memulihkan semula badan yang lemah, elok anda ambil beberapa punting kaki ayam, potong hingga kecil dan rebus dijadikan sup. Sebelum makan masukkan sedikit serbuk lada dan bawang merah yang telah digoreng. Amalan memakan sup kaki ayam ini juga boleh menolong memulihkan orang lelaki yang lemah tenaga batin.
  • LEMAH TENAGA BATIN.
Untuk mengubati lemah tenaga batin ambil dua puntung kaki kambing dan bakar hingga hangus kulitnya. Lepas itu cucikan dan buangkan arangnya. Potong kecil-kecil lalu direbus dengan sedikit air hingga daging kambing itu kembang. Masukkan satu camca manisan (madu) lebah dan sedikit serbuk lada. Makanlah pada tiap-tiap malam dan pagi. Insya Allah berhasil.
  • MUDAH BERSALIN.
Wanita yang akan melahirkan anak sulung biasanya takut akan susah bersalin. Untuk memudahkan bersalin cubalah:
Ambil sebiji kelapa tua (kelapa hijau), parut dan ambil santannya lalu dimasak hingga jadi minyak. Saimpanlah minyak ini dengan baik dan bertutup.
Ambil sebiji kuning telur dan bancuhkan dengan secamca besar minyak masak tadi. Minumlah setiap pagi dan malam dalam masa seminggu dua sebelum bersalin.
  • MUNTAH-MUNTAH.
Biasanya wanita yang hamil selalu muntah-muntah, maka untuk mengatasinya cuba ambil daun limau nipis kira-kira tujuh helai dan rebus dengan air sejuk. Minumlah tiap-tiap hari nescaya tidak muntah-muntah lagi.
  • MATA KENA CILI.
Mata yang terkena cili sangatlah pedih rasanya. Segeralah anda:
1. Ambil air teh yang telah sejuk dan bubuh dalam mangkuk besar atau sebagainya, rendamlah bahagian mata itu ke dalam air tersebut.
2. Ambil sebuku garam dan kebamkan dalam mulut.
  • RABUN AYAM.
Rabun ayam ialah rabun yang berlaku ketika hari petang hingga ke senja. Untuk mengubatinya (tidak boleh ubat sendiri), ambillah daun keladi dan bubuh air dalamnya dan bungkus lalu diikat. Apabila rakan anda yang rabun itu datang ke hadapan anda balingkan bungkusan daun keladi itu hingga pecah bungkusan itu.
  • SEDU.
Kadangkala dengan tiba-tiba kita didatangi sedu. Untuk mengubatinya kita tidak boleh melakukan kepada diri kita. Kita boleh melakukan terhadap kawan atau orang lain, tetapi jangan diberitahu dia atau dia telah tahu. Apabila melihat rakan atau orang lain tersedu-sedu katan sesuatu kepadanya supaya dia hairan, tercengang atau marah, misalnya: “……Hei, aku dengan kau usik anak gadis Haji Dolah….” atau “Kau ni tak senonohlah sanggup kau mencuri duit
  • LESUNG PIPIT.
Kalau anda mahu bayi anda ada lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya, sebaik-baiknya bayi itu baru berumur lima hari atau seminggu. Apabila anda memandikan dia pada waktu petang ambillah tangkai daun sirih dan tekan kepada dua belah pipinya dan lakukanlah hingga bayi berumur tiga bulan. Insya Allah aka nada lesung pipitnya.
  • ANAK LAMBAT BERJALAN.
Ada juga anak-anak kecil yang berumur 18 bulan belum dapat berjalan, sedangkan kanak-kanak lain sudah boleh berjalan laju. Kalau mahukan anak cepat berjalan, ambil daun kemagi lima enam helai, uparkan dengan kedua tapak tangan hingga hancur kemudian gosok pada kedua-dua punting kaki anak itu dari lipatan lutut hingga ke hujung kaki. Gosoklah setiap malam hingga dia dapat berjalan.
  • MENJAGA SUARA.
Jika hendak menjaga suara amalkan petua berikut:
Ambil daun bunga tanjung kira-kira dua puluh helai dan basuh hingga bersih. Daun-daun itu diramas dengan sedikit air, kemudian ditapis. Air daun itu dititikkan ke dalam kedua-dua lubang hidung anda. Sebentar kemudian anda rasa pedih dan keluar air berlendir. Biarkan semua air lender itu keluar. Buatlah seminggu sekali. Insya Allah suara anda merdu. (Allahyarham P. Ramlee sering mngamalkan cara begini).
  • BISUL.
Untuk memecahkan bisul itu supaya nanahnya keluar gunkanlah cara ini:
Ambil daun ubi halar atau ubi keledek kira-kira sepuluh helai, basuh hingga bersih dan tumbuk hingga hancur dan campurkan dengan gula merah. Tumbuk sekali lagi hingga gula dan daun sebati. Tempekkanlah daun ubi bercampur gula merah itu pada bisul yang membengkak itu dan biarkan ia kering di situ. Tengoklah, bisul anda akan pecah megeluarkan nanah.
  • KULIT BAYI.
Kalau anda mahukan bayi anda yang baru lahir mempunyai kulit bersih dan tidak berkedut-kedut dan tidak ada berbagai-bagai kesan, maka masa anda hamil lima bulan selalulah minum air kelapa muda.
Amalan ini selalu dilakukan oleh orang-orang di Jawa Tengah. Hasilnya amat memuaskan.
  • AIR LIUR.
Sesetengah bayi mengeluarkan air liur hingga meleleh pada lehernya dan mungkin lehernya menjadi merah. Untuk mengatasinya:
1. Ambil sebiji labu (labu pengat) dan tangkainya yang pekat dengan buah atau tampuknya, dipotong nipis-nipis seperti duit syiling. Ditebuk dijadikan lubang dan gunakan benang hitam unutk dikarang kepingan tangkai labu itu. Lepas itu jadikan kalung bayi itu selama tujuh hari. Insya Allah air liurnya tidak keluar lagi.
2. Satu cara lagi, siibu hendaklah mengingati apakah yang diidam (untuk dimakan) sewaktu hamil dahulu tetapi tidak berhasil mendapatkannya dan apabila tidak berhasil mendapatkannya dan apabila teringat saja akan apa yang diidamkan itu, maka ambil buah kelapa gading yang muda. Buah kelapa itu ditebuk dan ingatkan makanan yang telah diidamkan sambil membaca “Bismillah….” Dan selawatkan Nabi Muhammad tiga kali. Air kelapa itu diberi minum kepada bayi itu dua tiga camca besar. Air kelapa yang masih ada itu hendaklah diminum oleh siibu.
  • TAPAK TANGAN KASAR.
Suri rumahtangga yang mengalami masalh tapak tanganyang kasar kerana kerja-kerja di dapur dan membasuh hendaklah jika hendak melembutkan tapak tangan hendaklah mencuba cara ini:
Asam Jawa: Asam jawa, sebaiknya yang baru masak dipokok kerana ia tidak dicampur dengan minyak atau anasir-anasir lain. Asam jawa itu dibancuh dengan air sekadar cukup, iaitu jangan terlalu cair. Air asam jawa itu dilumurkan pada tapak tangan dan jari-jari. Setelah dilumur, biarkan ianya kering di tangan. Apabila sudah kering barulah dibersihkan tangan itu.
Getah Betik: Ambil getah betik –sama ada dari buahnya yang muda mahupun dari batangnya atau batang daunnya dan sapu kepada tapak tangan dan jari-jari yang kasar. Biarkan kira-kira dua puluh minit. Kalau rasa gatal-gatal biarkan. Cuba lakukan du tiga hari sekali. Mudah-mudahan berhasil.
  • SUSAH BUANG AIR KECIL.
Jika anda mangalami penyakit susah buang air kecil iaituair kencing keluar sedikit-sedikit, cubalah petua ini:
Rebus biji barli sekadar yang cukup dengan air sejuk, biar ianya mendidih dan biji-biji barli itu kembang. Anda boleh meminum air barli itu tanpa gula atau campurkan dengan gula. Minumlah bila-bila anda suka.
  • BISA ULAR.
Jika seseorang dipatuk ular, bisanya boleh menyebabkan kematian. Maka untuk mengelakkan dari bias ular atau menjadi kebal dari bisanya:
1. Telan hempedu ular yang paling bisa. Insya Allah apabila dipatuk ular bias tidak akan menjadi apa-apa.
2. Jika seseorang itu dipatuk ular, carilah katak bengkong hitam. Katak itu ditampalkan pada tempat yang dipatuk ular itu, nescaya bisanya berkurangan. Kemudian bawalah berjumpa doktor untuk diperiksa dan diubati.
  • BINTIK-BINTIK MERAH.
Kalau pada muka anda timbul bintik-bintik merah, bukan jerawat, maka ubatilah dengan cara mengambil enam ketul kunyit dan dikupas lalu ditumbuk atau diparut. Bancuhkan dengan air setengah gelas dan ditapis untuk mengambil airnya sahaja. Bubuh sedikit garam dan sedikit kapur sirih dalam air itu dan kacau sehingga hancur. Biarkan airnya mendap dan kemudian minum. Insya Allah binti-bintik itu hilang.
  • DURI.
Sekiranya duri tertusuk ke dalam daging kita dan sukar untuk mengeluarkannya, maka ambil getah betik dan sapu apa tempat yang ditusuk duri itu, nescaya duri tersebut keluar.
  • GATAL KEMALUAN.
Ada sejenis gatal-gatal yang dialami oleh orang-orang perempuan, iaitu pada sekitar kemaluannya. Untuk mnegubatinya tidaklah susah, iaitu ambil air suam kira-kira tiga gelas dan masukkan satu camca garam.
Basuhlah dengan air itu pagi dan petang.
  • TUMIT PECAH-PECAH.
Mereka yang bekerja di dapur sering mengalami tumit pecah-pecah. Unutk menghilangkannya sangat mudah:
1. Ambil kapur tulis hancurkan dan bancuh dengan air sejuk lalu direndam seketika tumit yang pecah-pecah itu, kemudian diasahkan tumit itu pada batu-bata.
2. Ambil lima biji buah kedondong, dua buku ibu kunyit. Kedua-dua bahan itu setelah dikupas dan dicuci, ditumbuk hingga lumat. Bungkus dalam daun pisang dan panggangkan pada api hingga kedondong dan kunyit itu panas. Buka bungkusan itu dan apabila sudah panas-panas kuku tempekkan pada tumit yang pecah-pecah itu dan dibalut dengan kain. Lakukan sehari sekali dalam masa seminggu.
  • SEMUT MASUK TELINGA.
Kalau semut masuk ke dalam telinga untuk mengeluarkannya cubalah petunjuk ini:
Bubuh air liur pada salah satu jari, yang eloknya jari telunjuk, kemudia sapukan pada belakang telinga Bahagian bawah. Tunggu seminit dua, semut akan keluar.
  • SIPLIS.
Siplis atau sakit perempuan sangat bahaya. Ia boleh menjangkiti siisteri dan anak dalam kandungannya. Anak yang bakal lahir itu mungkin mengalami cacat anggota, kudung tangan, buta mata dan sebagainya. Untuk mengubatinya secara tradisional ialah ambil lobak dan diparut dan diambil airnya. Masukkan gula merah dan bancuh hingga bercampur. Lepas itu embunkan semalaman. Minumlah air lobak itu. Insya Allah berhasil.
  • MATA.
Kalau mahu mata bersinar tajam boleh mencuba dengan cara bersenam pada panas matahari pagi. Berdiri di hadapan matahari pagi, buka kedua-dua biji mata seluas-luasnya dan renung kepada matahari itu serta dua biji mata dipusing-pusingkan beberapa kali. Amalkan setiap pagi selama seminggu.
  • MALU.
Ada orang berperasaan malu. Mereka malu menemui orang. Malu masa temuduga dan malu untuk member ucapan. Kalau anda ada perasaan begini, cubalah amalkan cara begini:
Tiap-tiap kali bangun pagi, angkat tapak kaki anda dan usapkan tapak kaki itu kepada muka anda. Insya Allah perasaan malu tidak ada lagi.
  • BUAH KERDAS.
Buah kerdas (keduak) kalu dimakan banyak boleh menyebabkan sukar membuang air kecil. Untuk mengubatinya ambil seketul atau kepingan kayu merbau, rebuskan hingga keluar airnya berwarna merah dan minumlah air itu, nescaya pulih semula.
  • DURIAN.
Memakan durian terlalu banyak boleh menyebabkan sesak nafas dan panas badan.
Kalau berlaku demikian, ambil air tuangkan dalam kulit durian (pangsa) dan minumlah airnya, nescaya rasa lapang semula.
Atau ambillah senduk gulai lakukan seperti mangaut sesuatu dengan senduk itu di atas perut yang kekenyangan durian itu.
  • MABUK CENDAWAN.
Jika tersalah makan cendawan hutan boleh menyebabkan mabuk. Bagi mengubatinya, ambil segenggam tepung gandum atau tepoung beras masukkan ke dalam mulut lalu dikunyah tanpa air. Insya Allah hilang rasa mabuk itu.
  • BULU BINATANG.
Kalau pakaian anda dilekati bulu kucing, maka untuk membuag bulu itu basahkan tangan anda dengan air kemudian usapkan pada pakaian itu nescaya bulu-bulu itu melekat pada tangan anda.
  • HARUM.
Untuk menjadikan pakaian anda berbau harum, selain dari disapu atau direnjis air wangi ada satu lagi cara iaitu ketika hendak menggosok atau menyeterika pakaian, renjiskan sedikit air wangi di atas kain alas seterika itu, nescaya pakaian anda berbau wangi dan tahan lama.
  • POKOK BUNGA.
Kalau pokok bunga anda seperti mawar, melur dan lain-lain sudah hendak berbunga dan ada pula pokok berdaun kelihatan daunnya tidak hijau berkilat, maka cubalah masukkan sehelai kain lampin bayi (kanak) yang telah kena air kencing ke dalam air kira-kira dua gelen.
Siramkanlah tiga hari sekali pada pangkal pokok-pokok bunga itu, nescaya berbunga dan berdaun lebat dan hijau subur.
  • KENING LEBAT.
Untuk melebatkan bulu kening ambillah pucuk paku yang subur dan yang masih belum berkembang daunnya. Patahkan batang pucuk paku itu dan sapukan pada kedua-dua kening sebelum masuk tidur. Amalkan setiap malam selama seminggu. Satu lagi cara ialah dengan mencukurnya dan disapu minyak sapi sebelum masuk tidur. Amalkan selama seminggu.
  • DAGING.
Untuk menjadikan daging cepat empuk:
1. Tatkala anda merebus daging itu masukkan segenggam beras.
2. Masukkan besi dalam periuk yang berisi daging ketika dimasak itu.
3. Gunakan ubat sakit kepala (panadol, aspro dan sebagainya) dengan dimasukkan ke dalam daging yang sedang direbus itu.
4. Masukkan kira-kira segenggam daun betik.
  • KENTANG.
Biasanya ketika merebus kentang, bila mengelegak airnya keluar dari periuk dan mengotori dapur atau memadamkan api di bawah periuk. Untuk mengelakkan air melimpah keluar dari periuk kita hendaklah:
Apabila ubi kentang sudah dimasukkan ke dalam periuk, tuangkan air dan bubuh sedikit mentega atau minyak kelapa, maka air dari periuk tidak lagi keluar apabila mengelegak.
  • SETERIKA KOTOR.
Kalau seterika anda kotor pada bahagian bawah atau tapaknya, anda boleh mencucinya dengan menaburkan sedikit garam di atas suratkhabar (news print) dan gosoklah pada tapak seterika itu. Semua kotoran itu akan hilang.
  • SEMUT DAN GULA.
Kita sering menghadapi masalah semut masuk ke dalam gula. Untuk mencegah semut masuk ke dalam baling gula boleh dilakukan begini:
1. Di luar baling itu disapu dengan minyak makan, iaitu minyak kelapa atau minyak sawit.
2. Ambil tahi guni atau kain, dibuat tali dililit pada baling gula itu dan dibubuh minyak kelapa atau minyak sawit pada tali tersebut.
  • NYAMUK.
Air tembakau boleh menghalang nyamuk dari menggangu kita. Caranya begini:
Ambil sebatang rokok (apa rokok juga) dan buang kertas kulitnya kemudian dibancuh dengan air. Air tembakau itu disapu pada bahagian badan yang mungkin akan digigit nyamuk.
  • HAMA AYAM.
Ayam yang bertelur dan mengeram tentulah banyak hamanya dan ini menyusahkan kita. Ada dua cara untuk membasmi hama ini:
1. Serbuk tembakau ditaburkan dalam sangkak atau tempat ayam bertelur.
2. Ambil daun tapak kerbau (daun ini baunya busuk dan tumbuh di tempat tahi kerbau yang telah lama) dan dijadikan alas sangkak atau tempat ayam bertelur.
  • BUAH GUGUR.
Untuk mencegah buah-buahan gugur seperti mempelam, macang dan kuinin adri gugur walaupun belum masak, takik batang pokok buah-buahan itu dengan golok hingga keluar getahnya. Insya Allah buah-buahnya tidak gugur lagi.
  • MEMPELAM TIDAK BERBUAH.
Sesetengah pokok buah-buahan seperti mempelam, kuinin dan macang tidak mahu berbuah sedangkan pokoknya besr dan subur. Untuk menjadikan poko-pokok itu berbuah senang sahaja, iaitu takikkan batang pokok itu beberapa kali hingga keluar buahnya. Insya Allah pokok itu berbuah.
  • TEMPAT ROTI.
Tempat menyimpan roti atau biskut selalunya apabila kosong baunya tengik atau hapak. Anda boleh mengatasinya dengan cara begini:
Ambil kertas suratkhabar dan carik-carikkan kemudian masukkan ke dalam tempat roti iti lalu dibakar. Setelah kertas itu terbakar semuanya, maka tutuplah tempat roti itu kira-kira sepuluh minit. Buka dan bersihkan, mudah-mudahantidak berbau lagi.
  • DIAN (Lilin).
Kalau anda menggunakan dian (lilin) sebagai ganti pelita atau lampu dan anda mahu dian itu tidak cepat habis, maka sebelum dibakardian itu cubalah sapukan dengan air sabun yang pekat.
  • BERAS.
Beras kalau disimpan lama sering dimakan oleh bubuk. Untuk mengelaknya ada dua cara, iaitu:
1. Ambil daun limau dan bubuhkan dalam tempat menyimpan beras itu, atau
2. Ambil daun nangka kira-kira sepuluh helai dan masukkan ke dalam tempat menyimpan beras itu.
  • BERAS BERBAU.
Kalau anda mendapati nasi anda berbau guni, maka untuk mengatasinya ada dua cara yang boleh anda lakukan, iaitu:
1. Setelah beras dibasuh bersih dan sebelum dimasak masukkan sedikit air kapur sirih (kapur makan).
2. Setelah beras dibasuh bersih dan ketika diletakkan di atas tungku masukkan sedikit daun pandan wangi dan biarkan ia di dalam nasi itu.
  • BALLPEN.
Sekiranya ballpen baru sukar atau tidak dapat mengeluarkan dakwatnya, maka sebelum ditulis coret-coretkan terlebih dahulu di atas kaca.
  • KASUT BARU.
Biasanya bila kita memakai kasut yang baru dibeli, apabila kita berjalan bahagian atas tumit akan terasa sakit. Sebelum memakai kasut itu ambil bawang merah pecah-pecahkan dan sapu pada bahagian yang menggigit –gigit kaki itu.
  • MENGILATKAN KASUT.
Untuk mendapatkan kasut yang berkilat cubalah cara ini:
Bersihkan kasut (kasut kulit) kemudian sapukan kiwi dan layurkan kasut itu di atas api lilin, iaitu bahagian yang disapu kiwi itu, tetapi jangan terlalu dekat. Lepas itu gosok dengan berus. Apabila sudah selesai gosok dengan berus, gosok pula dengan kain yang halus.
  • KEKUNINGAN.
Tiada kekuningan pada bahagian ketiak baju adalah disebabkan oleh peluh. Untuk menghilangkan tanda kekuningan itu ambil dua atau tiga camca besar garam dan bancuhkan dengan air panas atau air sejuk, lalu rendam bahagian yang kekuningan itu ke dalam air tersebut kira-kira 10 minit. Insya Allah tanda itu hilang.
  • DAGING SATE.
Untuk melembutkan daging sate, sebelum daging dipotong bungkuslah dengan daun betik dan simpan kira-kira satu jam, barulah dipotong untuk dibuat sate.
  • PAKAIAN KENA MINYAK.
Kalau pakaian kita terkena minyak hitam, maka untuk membersihkannya, ambil kapas dan celup ke dalam minyak tanah dan sapulah beberapa kali di atas bahagian yang terkena minyak itu.
  • KENA DARAH.
Pakaian yang terkena darah dan susah hendak dibersihkan walaupun disabun, maka ambil teh garam campur dengan air suam, kemudian rendamlah bahagian pakaian yang terkena darah itu.
  • NASI HANGIT.
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, ambil daun pisang segar tutup permukaan kawah atau periuk nasi itu dan tutup di atasnya dengan kertas dan sebagainya.
  • LEKAT DI KUALI.
Untuk mengatasi ikan goreng dari melekat di kuali, sebelum tuang minyak baru dalam kuali tuangkanlah minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan ke dalamnya, biar minyak itu bercampur. Apabila minyak sudah panas gorenglah, nescaya tidak melekat lagi.
  • MINYAK TENGIK.
Untuk menghilangkan bau tengik atau tengik pada minyak, sebelum menggoreng ikan dan sebagainya, gorenglah bawang merah hingga bawang itu jadi kuning.
  • MENCUCI PERABOT.
Sekiranya perabot anda sukar untuk dibasuh atau dicucikan walaupun menggunakan sabun, ambil dua tiga camca cuka campur dengan air dan gosoklah perabot yang kotor itu. Cara ini juga boleh dilakukan pada dinding dan tiang rumah yang kotor.
  • PEDAS.
Ramai orang suka makan makanan yang pedas, tetapi tidak tahan kerana setelah makan perut menjadi sakit, maka untuk mengelakkan sakit perut, apabila sudah selesai memakan makanan pedas, seperti rojak dan sebagainya, ambil sisa makanan pada piring itu dan usapkan kepada kedua ibu jari kaki. Insya Allah tidak sakit perut.
  • SELUAR DALAM.
Sekiranya anda mahukan seluar dalam anda tidak berbau busuk sebelum dan sesudah dipakai, maka masukkan air wangi ke dalam air bilasan pakaian itu. Cara ini seluar dalam anda sentiasa harum.
  • KENA GETAH.
Untuk menghilangkan pakaian yang terkena getah buah-buahan dan sebagainya, ambil bahagian kain yang kena getah itu lalu dibasahkan dengan air sejuk, kemudian dihampar atau di rentangkan dan di bawahnya dibakar belerang agar wap belerang itu kena pada kain itu. Lepas itu cucilah dengan air sabun.
  • KESAN TEH.
Jika cawan teh kotor kerana teh melekat pada cawan itu dan sukar hendak menaggalkannya, gosoklah cawan itu dengan kain yang dibubuh sedikit garam.
  • SENDUK.
Senduk dan cawan besi yang berkilat susah hendak dicuci, cubalah mencucinya dengan air garam. Tentu hilang kotoran itu.
  • DAGING KAMBING.
Daging kambing biasanya berbau hamis dan setengah-setengah orang tidak suka memakannya, maka unutk menghilangkan bau hamis itu gaullah daging itu dengan tepung dan biarkan kira-kira lima minit barulah dibasuh untuk dimasak.
  • LANTAI KOTOR.
Jika lantai bilik madi kotor dan susah hendak membersihkannya anda bolehlah ambil kapur (kapur untuk mengecat rumah) dan bancuh kemudian gunakan untuk membasuh lantai bilik mandi.
  • TANDAS.
Untuk mengatasi jamaban tersumbat ambillah garam kira-kira suku kilogram dan masukkan ke dalam lubang jamban itu. Biarkan selama satu malam garam di dalam lubang jamban tersebut. Esok paginya tuangkan air, nescaya semua kotoran yang tersangkut di dalamnya hanyut.
  • SETERIKA.
Seterika yang menggunakan arang kayu atau arang tempurung jika terlalu panas akan meninggalkan bekas pada tapak seterika itu. Ambil pasir bubuh dalam bekas yang sesuai dan gosoklah seterika yang panas itu ke atas pasir itu beberapa kali dan kemudian gosokkan di atas daun pisang muda. Bersihkan tapak seterika itu sebelum digunakan semula.
  • GUNTING.
Gunting yang sudah berkarat dan tumpul janganlah dibuang. Ambil sedikit cuka dan campurkan dengan abu rokok selama satu malam. Esoknya ambil dan lap gunting itu, nescaya ia akan tajam semula dan kelihatan seperti baru.
  • AIR BERAS.
Air beras boleh digunakan untuk menjeruk rebung. Cara membuatnya:
  • PETI AIS.
Jika peti ais anda berbau busuk(bau ikan dan sebagainya), ambillah kira-kira setengah kilogram arang kayu dan bubuh ke dalamnya, yang baiknya di bahagian bawah dan biarkan di dalam peti ais. Peti ais itu tidak akan berbau lagi.
  • ALMARI BUSUK.
Jika almari baru berbau busuk sehingga makanan yang kita simpan di dalamnya turut berbau busuk, maka untuk menghilangkan bau itu, ambil serbuk kopi kira-kira dua camca dan bubuh di sudut-sudut almari itu. Kalau serbuk kopi itu sudah hilangbaunya, bubuh serbuk kopi lain. Bau almarinya akan hilang.
  • KERBAU GEMUK.
Untuk menggemukkan kerbau untuk disembelih, tangkap seekor labi-labi yang beratnya kira-kira 1-2 kg. rebuslah hingga empuk dan masukkan garam supaya masin. Kemudian berilah makan kepada kerbauitu kira-kira sebulan sebelum disembelihkan.
Insya Allah kerbau itu gemuk.
  • HANYIR TELUR.
Telur itik biasanya hanyir. Kalau hendak dibuat kuih seperti kuih bahuluqkqn menjadi masalah pula kerana hanyirnya. Maka, untuk menghilangkan hanyirnya, rendamkan dalam air kapur sirih selama beberapa minit.
  • HAIWAN TERNAKAN.
Kalau ternakan kambing yang dilepaskan tidak mahu pulang ke kandang, maka untuk menarik kambing-kambing itu pulang segera, ambil buluh satu ruas dan tebuk ruas itu lalu masukkan kira-kira 1 kg garam. Kemudian gantungkan dalam kandang kambing tetapi biarlah kambing dapat mencapai buluh itu dengan mulutnya. Dua tiga hari kemudian buluh itu masin dan kambing lekas pulang keran ketagihan garam.
  • AYAM DAN TELUR.
Kalau anda menternak banyak ayam dan anda mahukan ayam itu tidak berhenti lama dari bertelur, maka ambil segenggam lada hitam dan tumbuk halus-halus campurkan dengan padi dan ambil sebiji telur ayam gaulkan. Ayam yang baru habis bertelur 10 atau 12 biji itu dikurung kira-kira dua hari dengan hanya diberi minum air sahaja. Lepas itu mandikan ayam itu kemudian beri ia makan padi bercampur lada hitam itu. Tunggulah dalam dua hari ayam betina itu mengikut ayam jantan lagi.
  • ULAR.
Sekiranya anda mengembara dalam hutan rimba, jangan lupa membawa belerang kuning kira-kita setengah kg. Apabila anda berhenti untuk tidur malam, taburlah belerang itu disekeliling khemah atau tempat anda tidur itu, nescaya ular tidak datang.
  • MONYET.
Petani-petani sering meghadapi masalah tentang monyet makan tanaman mereka. Kalau tidak ada senapang patah untuk menghalaunya, cubalah buat seperti ini:
Ambil buluh belah-belahkan jadi sembilu. Kemudian setiap sembilu itu disapu dengan belacan dan dicacakkan pada tempat-tempat tertentu dalam ladang itu. Monyet-monyet itu apabila menghidu bau belacan akan melurut sembilu-sembilu itu dengan tangan mereka dan akibatnya tangan mereka luka dan berdarah. Monyet takutkan darah tentulah tidak akan datang merosakkan tanaman lagi.
  • KERBAU ATAU LEMBU.
Selalunya kerbau dan lembu mengacau tanaman di ladang, untuk menghalaunya ambil lemak kibas atau unta calit-calitkan pada kayu-kayu kering dalam ladang itu, nescaya haiwan itu tidak akan datang lagi kerana takut baunya.
  • KUCING.
Kucing-kucing jahat biasanya masuk ke rumah kita untuk mencuri makanan. Kucing begini sangat liar. Cara untuk menghalaunya, ambil seekor ketam nyiur (ketam lumpur) masukkan ke bawah tudung saji dan tinggalkan (lakukan pada malam). Apabila kucing itu tudung membuka saji kerana bau ketam itu dan ketika ia meraba-raba ketam itu menyepit tangaan atau mukanya. Maka kucing itu tidak datang lagi.
  • PUYUH.
Kalau anda menternak burung puyuh utnuk telur, anda hendaklah memberi burung-burung itu makan makanan moden yang membolehkan mereka bertelur banyak, tiap-tiap hari atau dua kali sehari. Tetapi burung-burung itu tidak dapat bertelur banyak, kalau yang jantannya tidak diasingkan. Maka, asingkanlah yang jantannya, nescaya puyuh-puyuh itu bertelur banyak.
  • POKOK DELIMA.
Ramai orang suka menanam pokok delima secara kecil-kecilan di sekitar kawasan rumah, tetapi jarang berbuah lebat. Kalau mahu pokok delima berbuah lebat, ambil kelompang-kelompang telur, karangkan pada tali dan sangkutkan pada dahannya. Pada hujung-hujung rantingnya disangkut pada kelompag-kelompang telur sehingga kelihatan seperti bunga.
  • PENYAKIT KUNING ATAU LIVER.
Penyakit ini disebabkan oleh virus di dalam bahan makanan yang kurang bersih. Gejala-gejalanya ialah terasa mual-mual, nafsu makan berkurang,badan terasa lemah serta pening. Pesakit adakalanya tidak sedar bahawa dia di serang oleh penyakit ini. Stengah orang beranggapan penyakit kuning, hanya kerana masuk angin sahaja. Tetapi sekitranya terjadi lebih dari 7 hingga 10 hari ia bukan lagi sesuatu yang biasa seperti: Jika membuang air kencing, airnya berwarna kuning pekat serta banyak buih. Matanya berwarna kekuningan . jika keadaannya begitu, segralah berjumpa dengan doktor.
Perawatannya: Pesakit hendaklah banyak berehat. Makan dan minum dibatasi sedikit demi sedikit, elakkan dari selalu muntah. Di samping itu berilah makan buah-buahan yang manis seperti: papaya, ciku, pisang dan lain-lain. Jangan diberi avocado atau durian. Berikan madu asli sekerap mungkin.
Caranya:
1. Beri air kelapa muda dengan daging dan satu sudu makan madu asli (air kelapa muda satu gelas besar).
2. Kira-kira satu genggam temu lawak campur 1 sudu makan teh daun meniran dibancuh dengan segelas air mendidih. Bubuhkan sedikit gula batu lalu minum sehari dua kali. Setiap kali minum segelas.
Pesakit yang sudah serius, biasanya disertai dengan perut membengkak. Bengkak itu perlu disembuhkan segera. Untuk itu berilah ramuan seperti berikut: Satu gelas daun sembung kering campur ½ gelas daun misai kucing kering dan ½ gelas daun meniran serta gual batu. Semua bahan tadi dikacau dengan dua liter air selama 30 minit. Kemudian diangkat. Setelah itu minumlah setiap hari hingga perut yang bengkak menjadi kempis.
  • DARAH TINGGI.
Penyakit darah tinggi inibanyak menyerang orang-orang yang telah berumur lanjut. Jika tekanan darahnya melebihi 190, keadaan tubuh menjadi lemah. Mungkin akan terjadi kelumpuhan akibat pembuluh darah di otak rosak. Penderita akan pengsan dan mengeluarkan banyak peluh.
Perawatannya: Sandarkan pesakit serta dilapik dengan bantal. Jangan diberi minumsebelum dia sedar. Setelah sedar pesakit akan mengalami kelumpuhan. Selang beberapa waktu ianya akan pulih semula. Uasakan agar banyak berehat. Jangan makan banyak garam, daging atau makanan yang masin. Dilarang merokok, minum kopi atau bekerja.
Caranya:
15 helai daun misai kucing, 2 helai biji buah pala, 1 sudu teh daun meniran, akar panglai sebuku jari. Bahaan-bahan tersebut dikacau dengan dua gelas air, rebus selama ½ jam. Kemudian angkat. Minum dengan air gula batu setiap kali hendak tidur.
  • BUASIR.
Penyakit ini disebabkan pembuluh darah di sekitar dubur bengkak. Kadang-kadang hingga menutupi lubang dubur hingga sulit hendak membuang air besar. Ketika membuang air besar jika najisnya keras pula, akan terjadi pendarahan dan terasa panas.
Perawatannya: Banyakkan makan buah-buahan supaya waktu hendak membuang air besar, najis akan lembut dan mudah keluar. Banyakkan minum susu asli, cincau, biji selasaih dan agar-agar. Jangan makan makanan yang pedas dan minum minuman keras. Banyak latihan jasmani yang ringan atau gerak jalan.
Ubat luarnya: Ambil dua lembar daun balong ayam. Hangatakan di atas api yang kecil supaya tidak layu. Kemudian tempelkan pada dubur. Lakukan setiap hari sebelum tidur.
  • KERACUNAN UDANG DAN KETAM.
Kadang-kadang secara tiba-tiba kita keracunan makanan seperti: keracunan udang, ketam dan sebagainya. Biasanya hal ini terjadi 2 atau 3 jam setelah kita makan makanan tersebut. Perut terasa mual serta diikuti dengan muntah, berbau hanyir dan adakalanya diikuti dengan buang air kecil yang tidak teratur. Tubuh ada bintik-bintik merah dan gatal.
Perawatannya: Pesakit hendaklah diberi air teh pekat yang dibubuh sedikit gula atau kopi hangat. Lumur badannya dengan minyak kayu putih. Kemudian jaram perutnya dengan air panas.
Caranya: Berikan dia minum air kelapa muda dengan segera. Lalu parut bawang putih kira-kira sesudu makan. Campurkan dengan 1 sudu teh jintan manis dan madu asli. Kemudian mnumlah. Insya Allah akan sembuh.
  • MABUK JERING.
Keracunan jering biasanya terjadi dua atau tiga jam selepas makan jering. Gejalanya: Susah buang air kecil, pinggang terasa sakit, perut terasa kembung, malahan kadang-kadang tidak boleh kencing sama sekali.
Caranya: Beri minuman air kelapa muda dengan segera. Atau 30 helai daun kaki muda, 20 helai daun misai kucing dikacau dengan segelas air selama 10 minit hingga menjadi ½ gelas air,. Saringkan dengan menggunakan kain nipis, bubuh sedikit gula batu. Kemudian minumkan. Lakukan sehari dengan tiga kali. Setiap klai minum setengah gelas.
  • KERACUNAN KULAT.
Keracunan kulat terjadi setelah dua tau tiga jam selepas memakan kult liar atau kulat hutan, perut akan memulas, muntah serta buang-buang air. Pesakit keracunan ini harus diubati dengan segera.
Caranya: Berikanlah dia meminum air kelapa muda sebanyak yang mungkin. Setiap gelas air kelapa muda hendaklah dicampurkan dengan satu sudu makan madu asli. Jika dalam tempoh sehari tida ada perubahan, bawalah pesakit berjumpa dengan doktor dengan segera supaya mendapat rawatan yang lebih baik.
  • TETANUS.
Tetanus diebabkan kemasukan kuman penyakit tetanus pada luka si penyakit. Gejalanya berterusan. Kuman penyakit tetanus membiak. Ia menghasilkan racun yang menyebabkan kejang kerana urat-urat saraf telah diserang. Umumnya kuman penyakit tetanus banyak didapati pada najis-najis kuda. Oleh kerana masa tunasnya lama, si pesakit merasa lukanya sudah sembuh. Tetapi kekejangan terjadi dengan mendadak. Kadang-kadang kekejangan menyebabkan sukar untuk bernafas. Buat sementara, berilah minum susu sebanyak mungkin. Bawa si pesakit berjumpa doktor dengan segera.
  • BERAK DARAH.
Tanda-tanda awal penyakit ini ialah perut memulas-mulas. Najis disertai dengan lendir yang berbuih dan bercampur dengan darah. Terlalu kerap buang air hingga hamper setiap setengah jam.
Perawatannya: Pesakit haruslah diberi makanan yang lembut. Makanan yang keras menyebabkan darah bertambah keluar kerana radang pada usus besar. Makanan yang lembut misalnya: Bubur tepung beras, beri minuman teh pekat tetapi jangan diberi minum susu.
Caranya: Tepus wangi sebesar 2 buku jari, dibakar hingga kering. Tepus wangi sebesar dua buku jari yang segar. Daun jambu biji atau jambu batu sebanyak 5 helai. Semua bahan-bahan itu ditumbuk halus. Berikan sedikit garam dan gula batu. Kemudian minumkan setiap pagi dan petang.
  • SESAK NAFAS / LELAH.
Penyakit ini adalah penyakit keterunan. Tidak menular dan bukan akibat dar sesuatu kuman atau bakteria, walaupun batuknya berlendir. Sesak nafas adalah kerana saluran nafas mengejang dan sempit. Jika kejangnya hilang maka pesakit akan merasa lega semula dalam bernafas serta mengeluarkan lendir. Pesakit lelah selalku sesak nafas kerana debu-debu kotoran yang tersedut, terlalu banyak hal yang difikirkan sehingga membuat kepala pening atau kerana perubahan hawa yang tiba-tiba.
Perawatannya: Banyakkan latihan jasmani yang ringan seperti berjalan pada waktu pagi, berenang dan sebagainya. Jangan makan terlalu kenyang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kurang berlemak.
Caranya: Perubatan biasanya cara tradisional ialah: Ambil beberapa tangkai bunga kecubung yang berwarna ungu. Hiris nipis seperti daun tembakau. Kemudia jemur hingga kering. Jika hendak digunakan, gulung kecubung itu dengan daun rokok. Usahakan sehari 3 kali. Mula-mula akan merasa pening. Seeterusnya akan biasa.
  • BATUK KUAT.
Tanda-tanda awalnya sama seperti selsema sedikit batuk. Tetapi batuknya sampai seminggu. Batuk itu pula mempunyai kelainan. Kadang-kadang, batuk hamper tidak berhenti serta mengeluarkan lendir yang pekat. Pesakit kelihatan payah hendak menahan batuk. Akibatnya kdang-kadang mengeluarkan darah.
Perawatannya: Pesakit harus banyak berehat. Jauhi makanan yang berminyak serta manis-manis. Makanan tersebut menyebabkan batuk. Selalulah menggosok dengan minyak kayu putih atau sebagainya yang panas. Cengkeh ditumbuk halus hingga berminyak. Campurkan dengan bwang putih atau bawang merah. Gosokkan pada dada. Lakukan sekerap mungkin.
Caranya: Kayu legi sebesar jari lengan, kayu manis sebesar du abuku jari, satu sudu the jintan dan ¼ gelas bunga belimbing buluh, 2 sudu the adas pulosari. Semua bahan itu ditumbuk halus. Letakkan di dalam bekas. Tambahkan setengah gelas air, panaskan hingga mendidih. Jika airnya sudh menjadi kurang, kemudian angkat. Sejukkan dan disaring. Minum dengan sukatan: sehari 2x3 sudu makan. Teruskan secara berterusan sehingga sembuh.
  • TUBERCULOSE/BATUK KERING/PARU-PARU.
Penyakit ini disebabkan oleh bakteria TBC yang sangat mudah merebak, terutama jika pesakit batuk. Dengan perubatan sekarang penyakit TBC akan dapat disembuhkan dengan cepat tetapi kosnya sangat mahal. Untuk itu cubalah perubatan cara tradisional ini dahulu:
Caranya: Ambil bidara dan upas sebesar sebesar jari, satu cawan adas pulosari, 2 sudu makan gula aren. Semua bahan dicampur ke dalam bekas sehingga mendidih. Biarkan pekat sedikit dan tinggal ¼ bahagian. Kemudian minum sehari tiga kali. Satu gelas dibubuh satu sudu madu.
  • LENGUH ATAU SAKIT SENDI.
Lenguh atau sakit sendi adalah sejenis penyakit yang banyak berlaku kepada golongan yang telah lanjut usia. Penyakit ini datangnya pada masa-masa tertentu misalnya dlam keadaan cuaca sejuk.
Perawatannya: Pesakit hendaklah memakai baju tebal supaya tidak sejuk. Jika mandi pada waktu pagi hendaklah menggunakan air hangat. Jika berasa sakit bahagian itu hendaklah diberi balutan yang bersifat panas seperti : Parutkan halia, cengkih dan sebagainya lalu balutkan dengan kain pada tempat yang sakit tadi. Adalah baik jika dapat dipanaskan di bawah lampu selama ¼ jam.
  • PENYAKIT CACING GELANG.
Penyakit ini selalu menyerang kanak-kanak yang tidak mementingkan kebersihan. Cacing ini bertelur dan berkembang biak dalam usus kecil dengan jumlah yang banyak. Kanak-kanak yag mengidap cacing ini akan kurus, perut buncit, rambut jarang dan warna macam bulu jagung tetapi kering. Jika cacing ini masuk ke paru-paru, pesakit akan muntah. Cacing yang panjang 20cm itu akan keluar bersama muntah atau mungkin akan keluar melalui dubur.
Perawatannya: Elakkan kanak-kanak bermain kotor terutama pada tanah yang lembab.
Caranya: ½ sudu makan parutan bawang putih yang dicampurkan dengan madu asli. Ulangi hingga 3 hari. Insya Allah cacing itu akan mati atau keluar.
  • PENYAKIT CACING KERAWIT.
Cacing ini hidup dalam usus besar. Bentuknya sepeti parutan kelapa berwarna putih dengan ukauran panjang 5sm. Jika bertelur selalunya di sekitar dubur. Adakalanya di luar dubur.
Perawatannya: Jagalah kebersihan anak, terutama kuku jangan dibiarkan panjang. Usahakn agar dubur anak selalu bersih.
Caranya: Satu labu kecil bawang putih. Dua buku kecil temu hitam. Temu dan bawang putih tadi diseduh dengan air panas sebanyak suku gelas. Aduk hingga sebati. Kemudian saring. Campurkan dua sudu teh madu lalu diminum setiap pagi sebelum sarapan. Satu minggu dua kali. Kemudian minumlah seminggu sekali hingga cacing itu habis.
  • PENYAKIT CACING PITA.
Cacing pita boleh hidup dalam usus kecil. Ia mempunyai kepala yang kecil serta badannya beruas-ruas. Panjangnya kita-kita 10 meter. Jika ruas-ruas tersebut sudah dewasa, ruas akan terputus. Putusan ruas itu akan keluar bersama kootoran. Ia banyak mengandungi telur.
Caranya: Ambil akar delima putih, kemudian jemur hingga kering. Setelah itu tumbuklah hingga halus seerti serbuk. Ambil satu sudu makan serbuk akar delima tadi dan dicampurkan dengan dua gelas air. Kacau di atas api hingga mendidh selama 30 minit. Setelah hangat kuku bubuhkan sedikit gula merah lalu diminum. Setiap pagi hendaklah dihangatkan.
Perhatian: Setelah minum ubat ini, semasa membuang air besar hendaklah dilihat sama ada kepala cacing keluar atau tidak. Kerana dari kepala cacing itu akan timbuh ruas yang baru.
  • PENYAKIT TYPHUS.
Penyakit ini lekas mereba. Puncanya ialah kuman yang bersarang serta melukakan usu kecil. Gejala pada minggu pertama seperti demam biasa,pening, lesu serta tidak ada nafsu makan. Jika tidak dirawat dengan kadar segera ia akan cepat menjadi arah. Usus yang diserang akan luka dan luka tersebut akan lebih luas lagi dan menembusi dinding usus. Jika lambat diubati akan membawa kematian. Jika setelah3 minggu kelihatan semakin baik, maka ianya akan sembuh.
Perawatannya: Pesakit hendaklah berehat. Dia tidak boleh turun dari tempat tidur sama ada hendak buang air atau sebagainya. Oleh kerana penyakit ini cepat berjangkit, bekas kotorannya henddaklah dicuci dengan menggunakan pembasmi kuman. Begitu juga dengan perkakas yang digunakan untuk makan atau minum. Jangan mandi. Lapkan badannya dengan air hangat, pesakit hendaklah dijaga dengan teliti kerana jika panas badannya naik, dia mungkin akan mengigau. Adakalanya seperti dia hendak berlari. Sebab itu badan dan kakinya diikat dengan kain, supaya kaki dan tangannya tidak tercedera. Usahakan agar kedudukannya selalu berubah-ubah. Jika kelihatan sudah baik, jangan dipaksa untuk berdiri terus. Cubalah berdiri sedikit demi sedikit. Jika sudah kuat dia berdiri, suruhlah dia berjalan. Keadaan ini supaya sarafnya yang telah lama tidak bekerja tidak terkejut.
Caranya:
1. Parut sebiji labu air. Perah dan ambil airnya, lalu disaring. Kemudian diminum dengan madu asli. Sukatannya: ½ gelas diminum sebanyak 3 kali sehari.
2. 30 helai daun kaki kuda, upar bidara sebesar satu jari. 30 helai dan sirih segar. Semua bahan ditumbuk menjadi satu. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas. Tambahkan segelas air. Kemudian saring. Setelah sejuk sedikit masukkan gula batu. Selepas itu hendaklah diminum sebanyak dua kali sehari. Setiap kali sebanyak ½ gelas.
  • PENYAKIT KANSER.
Kanser adalah sejenis penyakit yang masih belum dapat diubati. Usaha yang dilakukan sekarang hanyalah dengan pembedahan. Pembedahan biasanya tidak sampai ke akar umbinya. Kamudian ianya akan muncul semula.
Caranya:
1. 17 batang alang-alang yang diambil akarnya. 21 helai daun tapak dara, 19 helai benalu dari pokok mangga, 12 gelas air bersih dijerang hingga mendidih. Bubuh garam dan sesudu teh gula. Biarkan ia supaya mendidih kira-kira 10 gelas. Kemudian angkat. Setelah agak sejuk sedikit barulah diminum 3 kali sehari. Setiap kali banyak ½ gelas (pagi, petang, siang dan malam).
2. Setelah diminum boleh juga minum madu asli sebanyak satu sudu makan (diminum 2 atau 3 jam selepas minum ramuan itu).
3. Kangkung dimakan mentah, sehari 3 kali. Setiap kali makan sebanyak 10 hingga 15 gram.
Perhatian: Tanda-tanda awal serangan kanser ialah:
1. Adanya benjolan pada bahagian tubuh atau buah dada.
2. Suara yang serak atau batuk yang berlainan.
3. Luka yang tidak sembuh.
4. Buang air besar yang tidak menentu.
5. Pendarahan di luar kebiasaan.
6. Tahi lalat atau ketuat yang berubah.
7. Kurang nafsu makan serta susah hendak menelan makanan.
  • JANGKITAN KERANA TERTUSUK PAKU.
Tukang kayu sering tertusuk paku. Tidak mustahil tusukan paku ini akan menyebabkan jangkitan.
Caranya: Ambil bawang putih lalu buangkan kulitnya yang nipis. Kemudian celupkan ke dalam minyak kelapa. Selepas itu hendaklah diganggang kepada api. Apabila telah panas, tempelkan pada bahagian yang terkena paku itu. Ulangi setiap hari sebanyak 3 kali. Dalam jangka masa dua atu tiga hari ianya tentu akan sembuh dan tidak akan bernanah.
  • BENJOL KERANA TERHANTUK.
Apabila seseorang terhantuk dengan benda-benda keras, biasanya menyebabkan ianya benjol. Kadang-kadang sebesar telur ayam.
Caranya: Ambil asam kawak kira-kira sebesar mancis api. Campurkan ½ sudu teh garam serta diberikan air secukupnya. Ramaskan hingga sebati. Kamudian sapukan pada benjolan. Insya Allah ianya akan hilang.
  • KUTIL (Ketuat).
Kutil (ketuat) tidaklah merbahaya. Tetapi dengan adanya kutil terutama pada bahagian muka membuatkan kita kelihatan hodoh.
Caranya: Ambil sebatang jarum yang telah dipanaskan bebas dari kuman. Tusuk-tusukkan ke dalam kutil sebanyak mungkin. Kemudian ambil minyak tanah dengan kapas. Gosok kutil itu dengan menggunakan kapas tersebut. Setelah itu sapu dengan kapur sirih. Lakukan ketika hendak tidur. Ulangi sehingga tiga hari. Kutil tersebut akan hilang.
  • BISUL.
Bisul adalah penyakit yang bayak ragamnya. Kebanyakannya menyerang kanak-kanak.
Caranya: Ambil buah pala dan timun. Parutkan bahan tersebut dan bungkus dengan daun pisang. Kemudian panggang pada api. Jika telah hangat, tampalkan pada bisul lalu dibalut. Ulangi berturut selama dua atau tiga hari sekali. Bisul tersebut akan pecah serta matanya akan keluar.
  • KURAP.
Kurap adalah sejenis kulitpenyakit kulit yang memalukan, terutama jika ianya timbul pada anggota badan yang dapat dilihat dengan mudah. Untuk itu selalulah mandi dengan menggunakan sabun mandi. Sabun mempunyai pembasmi kuman.
Caranya: Ambil sebiji gambir lalu dikacip halus. Campurkan dengan pati santan kelapa yang tua kira-kira empat kali gambir. Contohnya jika gambir itu menjadi sesudu makan, campurkan dua sudu air. Ulangi sapunya selama dua hari. Dalam waktu yang singkat sahaja ianya akan sembuh.
  • SAKIT MATA.
Bila anda terkena penyakit mata, jangan dibiarkan. Cepat-cepatlah diubati.
Caranya: Ambil rumput lemak ketam. Patahkan tangkainya dan getah yang keluar itu dititisan ke dalam mata yang sakit itu. Lakukan selama dau hari.
  • MENCABUT GIGI.
Jika gigi anda berlubang, makanan yang masuk ke dalamnya akan menyakitkan. Cara untuk mengatasinya ialah:
Caranya: Ambil tempurung kelapa tua yang masih basah. Masukkan bara ke dalam tempurung tersebut. Letakkan di atas gelas. Tunggu sebentar. Kemudian minyak yang berwarna kuning akan menitis ke dalam cawan. Celupkan kapas ke dalam buih yang kuning itu. Titiskan ke dalam gigi yang berlubang tadi. Dalam masa 30 minit sahaja gigi tersebut akan dapat dicabut dengan bantuan penyepit.
  • MENCABUT DURI DARI KULIT.
Jika anda tertusuk duri, jangan mencabutnya dengan menggunkan benda-benda tajam seperti jarum atau peniti. Jarum atau peniti akan menyebabkan jangkitan.
Caranya: Ambil sebiji bawang merah. Oles dengan minyak kelapa. Kemudian panggang di atas api hingga panas. Setelah itu tempekkan di atas bahagian yang ada duri tadi. Insya Allah ia akan sembuh dengan cepat.
  • MENAMBAH KEKUATAN SEKS.
Biasanya kekuatan seks suami isteri yang lanjut usia akan berkurangan. Sama ada kesihatan menurun atau terlalu banyak fikir kerana pengaruh umur.
Caranya: Ambil lima papan petai cina dan sebiji kulat kering lalu ditumbuk hingga halus. Ambil 30 biji lada hitam juga ditumbuk halus. Masukkan serbuk petai cina dan lada hitam ke dalam bekas. Tambahkan dua biji telur ayam kampung serta sesudu madu asli. Kacau hingga sebati. Minum hingga habis. Ulangi setiap hari. Dalam waktu ynag singkat anda akan merasa khasiatnya.
  • MENGHARUMKAN VAGINA.
Untuk menambahkan keghairahan sumai semasa mengadakan hubungan seks, tidak salah jika isteri menjaga vaginanya supaya sentiasa harum.
Caranya: Ambil segenggam daun kemagi lalu dtumbuk kan hingga halus. Perah airnya dan disaring. Kemudian ambil satu sudu makan madu asli. Campurkan dengan perahan air kemagi lalu diminum. Sebaiknya dimasukkan secubit garam. Minumlah seminggu sekali. Dalam masa sebulan, anda sapat melihat perubahannya.
  • PENYAKIT GHONORREA.
Penyakit ini adalah sejenis penyakit kelamin. Ia banyak menyerang orang lelaki. Apatah lagi jika mereka suka mencari hiburan dengan pelacur. Jauhi perbuatan tersbut kera di samping menimbulkan penyakit yang menjijikkan, ia juga satu perbuatan yang melanggar hukum agama.
Caranya: Ambil akar pohon kemboja. Ketuk-ketukkan akar tersebut dengan menggunakan batu atau kayu keras. Kemuidian rebus hingga mendidih lalu diminum airnya.
  • BUAH DADA KERAS.
Ibu-ibu yang baru saja bersalin, kalu bayinya tidak menyusu dengan teratur, buah dadanya akan mengeras dan sangat menyakitkan.
Caranya: Ambil sarang lebah tutur (berwarna biru berkilat, tubuhnya kecil panjang). Sarangnya dibuat dari tanah liat. Kemudian campurkan dengan asam kawak. Kemudian kacau sebati. Akhir sekali sapukan pada bahagian yang sakit.
  • KELUMPUHAN.
Kanak-kanak di bawah umur mendapat lumpuh sama ada sejak lahir atau kerana demam panas yang tinggi.
Caranya: Ambil beberapa keping bata merah serta dua atau tiga genggam batang padi. Batang padi itu dibakar. Sediakan air dalam bekas sebanyak 3 liter. Jika bata sudah benar-benar panas, angkat dan masukkan ke dalam bekas air bersama abu batang padi. Kemudian rendamlah kaki pesakit hingga airnya sejuk. Buatlah setiap pagi dan ketika hendak tidur.
Perhatian:
1. Seluruh urat saraf manusia bermula pada hujung kaki.
2. Usahakan supaya setiap pukul 5 pagi, pesakit duduk di atas rumput, gosok bahagian yang lumpuh dengan air embun yang ada pada rumput. Bahagian yang lumpuh diurut oleh ibubapanya sendiri. Sebelum mengurut disiapkan ramuan halia, cengkih dan lada hitam yang telah ditumbuk halus dan dicampur dengan minyak kelapa (mengurut dari atas ke bawah).
  • PENYAKIT JANTUNG.
Penyakit jantung disebabkan oleh kadar kolestrol yang berlebihan atau akibat minum terlalu banyak ubat-ubatan. Ianya tidak berjangkit.
Caranya: Ambil 3 helai daun sirih yang bertemu ruas, 3 biji bawang merah dan juga ½ sudu makan jintan, 14 biji buah kemukus. Semua bahan itu dicuci lalu ditumbuk hingga halus. Kemudian camur ¼ cawan air. Selepas itu minumlah dua kali sehari. Iaitu waktu pagi dan petang.
  • TERLEKAT TULANG IKAN.
Jika kita sedang makan, kadang-kadang tulang ikan terlekat di kerongkong. Setiap kali hendak menelan terasa ada sesuatu yang tersekat di situ.
Caranya: Ambil segenggam nasi, ramas-ramas menjadi bulast sebesar kepalan tangan bayi. Kemudian telan nasi tersebut. Jangan dikunyah. Sebaiknya ketika nasi itu masih hangat lagi.
  • MEMUDAHKAN BERSALIN.
Wanita yang mengandung 6 atau 7 bulan, usahakan supaya seminggu dua kali, minum satu sudu makan minyak kelapa yang asli (minyak tanak).
Cara Membuat Minyak Tanak: Buatkan santan dari kelapa yang tua agar minyaknya banyak (lima biji kelapa). Setelah itu dijerangkan di atas api hingga betul-betul masak dan hampasnya menjadi kuning. Masukkan ke dalam botol bersih.
  • KELUMUMUR.
Untuk menghilngkan gatal kepala disebabkan kelumumur:
Caranya: Ambil kangkung yang masih segar. Bersihkan segala kotoran yang ada. Kangkung dipotong-potong dan rendam dalam besen dengan air yang cukup untuk digunakan membasuh kepala. Setelah direndam semalaman, air kangkung akan berwarna kebiru-biruan. Basuh kepala di waktu pagi hari. Lakukan setiap hari sehingga kelemumurnya hilang. Selama menggunakan air rendam kangkung, jangan sesekali menggunakan syampo.
  • MENGECILKAN PERUT BUNCIT.
Perut yang buncit biasanya disebabkan oleh kurang berolahraga, tidur berlebihan terutama bagi peminum minuman keras.
Caranya: Ambil segenggam kencur, asam, gula merah, gula pasir, garam, tepung beras. Semua bahan –bahan tadi ditumbuk menjadi satu, hingga halus. Kemudian ditambahkan setengah gelas air masak sejuk (mati). Setelah itu ditapis lalu diminum. Ulangi terus dengan sukatan : sehari sekali. Setiap kali ½ gelas selama 4 atau 5 hari. Jika ada perubahan tambahkkan selama seminggu.
  • MELIKATKAN AIR MANI.
Menurut kajian, lelaki yang mempunyai air mani yang sangat cair, kurang produktif untuk membanyakkan keturunan. Atau mungkin juga mandul. Untuk melikatkan air mani cubalah:
Caranya: 5 biji buah keras yang sudah dikupas kulitnya dan dipanggang pad api. Biarkan hingga mengeluarkan minyak. Ambil sedikit ketumbar lalu tumbuk bersama buah keras. Setelah itu masukkan ke dalam cawan. Bubuhkan sebiji kuning telur dan satu sudu makan madu asli. Kacau hinnga rata. Setelah itu minum sekaligus setiap hari selama seminggu.
  • TUBUH MENJADI CANTIK.
Tubuh yang gemuk selalu menyusahkan hati kaum wanita.
Caranya: Ambil kencur secukupnya. Tumbuk hingga halus dan berair. Ambil airnya dan disaring dengan menggunakan kain halus. Masukkan ke dalam gelas. Lebih kurang ¾ gelas tanoa air. Masukkan madu asli sebanyak sesudu lalu diminum. Ulangi selama dua atau tiga hari. Jika dalam tempoh satu bulan ada perubahan, bolehlah diteruskan. Sukatannya hendaklah kurang sedikit. Jika tidak ada sebarang perubahan hentikanlah usaha ini.
  • Resepi Agar Zakar Kuat Serta Besar.

Semua lelaki inginkan zakar yang besar dan kuat. Zakar yang besar dan kaut menjadi suatu kebanggaan tersendiri. Ianya dapat memberikan kepuasan kepada si isteri, dalam hubungan seks.
Caranya: Cari 2 ekor belut. Potong dan ambil kepalanya sahaja. Kemudian dibakar hingga hangus menjadi arang. Setelah itu ambil satu sudu makan pulasari serta 5 helai pucuk benalu. Kemudian kedua-dua bahan itu ditumbuk hingga halus serta saringkan airnya. Belut tadi ditumbuk hingga menjadi serbuk.
Setiap pagi campurkan air pulasar dan benalu dengan ½ sudu serbuk belut. Tambahkan air liur basi sebnayak 2 sudu makan. Adukkan hingga ratu lalu sapukan pada zakar dari pangkal hingga ke bawah selama ¼ jam. Ulangi setiap pagi. Dalam masa yang sigkat sahaja zakar anda akan bertambah besar.
  • AGAR KUAT BERJIMAK.
Seorang lelaki selalunmengharapkan agar dirinya kuat dalam melakukan hubungan seks.
Bahannya: Sedikit kayu manis, 20 biji telur ayam kampong, sedikit jintan, sedikit biji jambu batu, setengah biji lobak, sesudu kecil biji sawi dan 10 biji buah kurma.
Caranya: Semua bahan itu disatukan. Ditumbuk hingga halus. Setelah halus bahagikan kepada 20 bahagian. Bungkuskan dalam bekas yang bersih. Setiap petang, ambil sebungkus ramuan itu dengan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati lalu minum sekaligus. Teruskan setiap petang hingga semua ramuan itu habis. Setelah habis makan buktikan khasiatnya. Sebelum habis ramuan itu pun khasiatnya akan terasa.
  • TAUGEH DAN IKAN LAUT.
Caranya: Taugeh setengah kg, 1 kg laut rebus hingga masak lalu diangkat dan digoreng dengan menggunakan minyak kelapa. Lalu lumatkan dan hancur menjadi satu. Bubuhkan sedikit tepung beras dan bamboo secukupnya. Buat rempeyek. Makanlah selama 3 hari dan anda akan dapat merasakan khasiatnya.
Khasiatnya:
1. Menghilangkan lenguh-lenguh.
2. Mengembalikan tenaga.
3. Menimbulkan kenikmatan keluarnya air mani.
4. Melikatkan air mani.
  • CIRIT.
Bahannya: Biji kopi secukupnya dan daun betik.
Caranya: Biji kopi digoreng di atas api yang panas sehingga hangus. Daun betik pula dikeringkan tanpa menggunakan sinar matahari. Kemudian tumbuk menjadi halus; lalu buatkan minuman seperti kopi dan bubuh sedikit gula merah. Minumlah sehari tiga kali. Insya Allah akan hilang.
  • GAGAP.
- Air masak.
Caranya: Setiap malam hendaklah masukkan air masak ke dalam satu bekas. Kemudian setiap pagi minumkan segelas besar air itu. Jangan makan apa-apa sebelum minum air itu. Minum jangan berhenti. Setelah habis barulah menarik nafas perlahan-lahan. Hendaklah dilakukan lebih kurang 27 kali dalam masa tiga minggu.
  • GATAL DIGIGIT SERANGGA.
Bahannya: Dua biji buah keras dan sepotong kunyit.
Caranya: Gatal-gatal itu janganlah digaru kerana ia akan meninggalka parut hitam. Oleh itu ambillah 2 biji buah keras dan sepotong kunyit. Panggang bahan-bahan itu lalu tumbuk hingga halus. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian yang gatal itu ketika ramuan tersebut masih lagi hangat-hangat kuku. Esoknya gatal-gatal itu akan hilang sama sekali.
  • PENYEMBUHAN POLIP.
Polip adalah sejenis penyakit yang sangat mengganggu ketika bernafas. Ia menyebabkan penyakit influenza. Jika dibiarkan sudah tentu akan merbahaya.
Bahannya: Ambil 10 helai daun sirih, 20 butir daun cengkh, 5 biji limau nipis dan 6 helai daun sirih.
Caranya: Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas kecuali limau nipis. Jerangkan hingga mendidih. Kemudian disaringkan hingga menjadi dua gelas. Minum sebanyak dua kali sehari. Dan setiap kali hendaklah minum segelas.
  • JIKA PERUT KEMBUNG.
Jika perut kembung tentu rasa tidak sedap dan ingin muntah. Kadangkala mengganggu pekerjaaan.
Caranya: Ambil sehelai kertas dan dilipat seperti kun. Tinggi lebih kurang 4 atau 5 cm. celupkan hujung kun itu ke dalam minyak kelapa lalu letakkan di atas pusat. Hujung kun itu dibakar hingga menyala. Apabila kertas itu terbakar setengah, tutuplah dengan gelas sambil ditekan sedikit. Kemudian jika dilihat perut telah berwarna merah lepasan pegangan gelas, biarkan selama 5 minit. Selepas itu angkat gelas tersebut dan lihatlah bekas merah yang kehitam-hitaman.
Perhatian: Jangan terkejut jika perut menonjol memenuhi gelas ketika ditekan.
  • BUAH CADA MONTOK DAN BERISI.
Buah dada yang montok dab berisi adalah kebanggaan tesendiri bagi seorang wanita. Di samping itu ia mempunyai rangsangan yang kuat kepada suami. Cubalah petua di bawah ini untuk menegangkannya.
Caranya: Sediakan segelas susu panas. Ambil sepotong halia yang tua. Halia itu dicuci kemudian di panggang ke atas api hingga hangus. Kemudian keruk bahagian yang hangus itu lalu pukulkan halia itu hingga pecah sedikit dan masukkan ke dalam gelas yang berisi susu. Kira-kira satu jam kemudian, barulah diminum. Buatkan setiap pagi. Salam masa satu bulan anda dapat melihat khasiatnya.
Perhatian: Di samping memontokkan buah dada, anda juga tidak masuk angin. Bagi yang berpenyakit pening, jangan amalkan ramuan ini.
  • MENYUBURKAN RAMBUT.
Rambut adalah mahkota bagi wanita dan lelaki. Oleh sebab itu berusahalah agar rambut anda tetap subur, berwarna hitam. Untuk menyuburkan rambut, gunalah cara di bawah ini:
Caranya: Ambil beberapa biji buah keras yang masih ada kulitnya. Banyaknya bergantung kepada keadaan botak anda. Kupas kulit dan ambil isinya. Kemudian dipanggang atas api hingga hangus, setelah itu tumbuk hingga halus. Seterusnya sebelum tidur sapukan kepada bahagian yang botak. Lakukan selama sebulan. Anda akan dapat melihat hasilnya.
  • RAMBUT TIDAK CEPAT BERUBAN.
Rambut yang beruban disebabkan oleh beberapa faktor. Di samping itu ianya disebabkan juga oleh faktor usia. Untuk mengatasinya gunalah cara di bawah ini:
Caranya: Setengah tahil hati ayam dipanggang hingga hangus. Bubuhkan dua sudu raga kuih serta kicap. Kemudian diperam kira-kira suku jam supaya ragi menyerap. Selepas iti bolehlah dimakan. Jika anda memakannya selama 4 hari berturut-turut, Insya Allah rambut anda akan htam.
  • MUAL KETIKA MENGANDUNG.
Wanita yang sedang mengandung terutamanya pada peringkat awal, 1 hingga 3 bulan biasanya berasa mual dan muntah-muntah. Untuk mengatasinya cubalah resepi ini.
Caranya: Ambil 3 helai daun dedap serta pucuk asam yang muda. Masukkan ke dalam periuk bersama 3 gelas air. Letakkan di atas api hingga mendidih. Biarkan hingga tinggal segelas sahaja airnya. Angkat . bila telah dingin minumlah. Lakukan selama 3 kali sehari.
  • KHASIAT MINYAK SAPI.
Ianya sangat berkhasiat untuk kesihatan. Di antaranya ialah dapat menyembuh gatal-gatal, melancarkan air kencing, membantu saraf bekerja dengan baik, menjaga kesihatan ginjal serta mengendurkan urat-urat yang tegang.
  • KHASIAT JINTAN HITAM.
Jintan hitam sangat berkhasiat unutk segala jenis pernafasan, batu karang, kencing manis serta berbagai-bagai jenis luka. Juga boleh digunakan untuk penawar racun atau bias dengan cara ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas.
  • KHASIAT CELAK MATA.
Celak mata sangatlah besar manfaatnya teritama untuk kesihatan mata. Ia juga dapat melindungi mata dari serangan sakit mata atau serangan virus ke dalam mata. Celak mata dapat mengeluarkan segala kekotoran yang berada di dalam mata dan menerangkan penglihatan.
  • KHASIAT BUAH KURMA.
Buah kurma sangat banyak manfaat dan khasiatnnya. Ia bukan hanya sebagai makanan tradisi di bulan Ramadhan. Antara lain khasiatnya ialah menambah daya tahan tubuh, membasmi cacing di dalam perut, menyembuhkan liver. Di samping itu jika anda berjalan jauh dan tidak bersarapan sekalipun, makanlah 7 biji buah kurma, anda akan terhalang sari serangan mabuk atau masuk angin. Maka ia dapat dijadikan penawar racun.
  • KHASIAT AIR CUKA.
Jika kita mendengar cuka, sepintas ia adalah hal biasa saja. Apatah lagi ianya selalu digunakan sebagai tambahan dalam makanan. Di sebalik itu ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Hanya ia tidak sesuai untuk mereka yang berpenyakit angin. Ia boleh juga digunakan untuk menyembuhkan peyakit limpa, penyakitkuning, penawar keracunan ubat, mengubati bengkak-bengkak serta menjaga kestabilan tubuh agar tidak terlalu gemuk.
  • KHASIAT MADU.
Madu berkhasiatuntuk menyembuhkan sakit atau radang tengkorok, ginja, jantung, liver serta penyakit-penyakit lain. Begitu juga kanak-kanak yang terkena demam panas. Ambil madu dan ditambah dengan sebiji kuning telur.
  • KARAT PADA GIGI.
Bahannya: Biji asam yang telah digoreng.
Caranya: Biji asam itu digoreng dan ditumbuk halus. Gasokkan dengan serbuk biji asam tadi. Ulangi beberapa kali saya menggunakan cara ini.
  • KUDIS.
- Belerang.
Caranya: Panaskan belerang dengan minyak kelapa di atas api. Tunggu sehingga belerang tersebut menjadi hancur. Kemudian luka-luka kudis tadi hendaklah dicuci dengan air hangat hingga bersih. Sapukan dengan belerang yang hangat-hangat kuku. Lakukan di sebelah petang selepas mandi.
  • LEMAH SYAHWAT.
Bahannya: Burung jalak hitam dan minyak lenga.
Caranya: Sembelihkan burung tersebut dan ambil hempedunya. Oles-oleskan kepada kepala zakar yang lemah syahwat. Tambahkan dengan minyak bijian supaya banyak dan tidak mudah habis. Insya Allah jika anda tekun mengubati dengan cara itu ianya akan sembuh dengan segera. Ia juga dapat menahan air mani yang mudah keluar dan dapat merasakan nikmat ketika bersetubuh.
  • DARAH KOTOR.
Bahannya:
Akar pohon turi, temu hitam, sulur, akar kencur.
Caranya: Ambil akar turi yang berbunga merah, dua jari temu hitam, sulur akarnya jangan dipotong, seikat akar kencur yang masih muda. Kemudian tumbuk hinnga halus dan bubuhkan air secukupnya. Setelah selesai disaring, masukkan ke dalam gelas. Kenakan cahaya matahari. Selepas suku jam hendaklah diminum. Ulangi beberapa kali.
  • DARAH TINGGI.
Bahannya: 3 biji bawang putih.
Caranya: Tekanan darah tinggi terjadi apabila badan terlalu gemuk. Tumbukkan bawang putih lalu di seduh dengan air masak. Kemudian hendaklah diminum selepas sarapan pagi selama seminggu berturut-turut. Hasilnya sangat menakjubkan. Tetapi peluh anda akan berbau.
  • LENGUH.
Bahannya: Buah kecubung dan kapur sireh.
Caranya: Ambil daun buah kecubung. Campurkan dengan kapur sireh. Lumatkan dan jadikan satu. Tempekkan ramuan tersebut pda bahagian yang sakit.
  • KHASIAT TEBU.
Tebu bukan sahaja manis dan sedap tetapi ia juga dpat menghentikan darah yang keluar melalui hidung.
Bahannya: Tebu.
Caranya: Ambillah hujung tebu (pucuknya) lalu dipotong-potong. Rebus hingg aairnya mendidh. Bubuhkan sedikit garam dan asam jawa secukupnya. Angkat dari atas api. Setelah dingin minumlah.
  • BATANG JAMBU MUDA.
Bahannya: Batang jambu muda.
Caranya: Ambil batang jambu yang muda dan dijemur. Setelah kering, potong dan tumbukkanh hingga halus, bubuhkan madu asli dan air panas. Adukkan hingga rata. Setelah itu bentukan butir-butir. Minumlah sehari tiga kali. Anda akan merasakan khasiatnya kepada kelamin dan biarkan ia kering.
  • BISUL.
Bahannya: Ambil kapur secukupnya, daun sireh dan madu.
Caranya: Bisul adalah penyakit di atas kulit. Apabila dilihat sepintas lalu penyakit itu tidak kelihatan. Jika dipegang ianya terasa menonjol pada kelangkang. Semua bahan-bahan di atas hendaklah di campurkan hingga sebati. Kemudian sapukan pada bahagian yang sakit sehari 3 kali.
  • MENGHILANGKAN BULU KETIAK.
Bahannya: 10 biji jintan putih, 3 butir kapur barus, minyak tanah.
Caranya: Gilingkan kapur barus dan jintan putih hingga halus. Kemudian campurkan kesemua bahan itu menjadi satu dengan minyak tanah. Apabila telah siap sapukan ramuan itu pada ketiak setiap kali hendak tidur. Dalam waktu yang singkat sahaja bulu ketiak anda akan hilang.
  • BAU BADAN.
Bahannya: Daun limau nipis atau limau parut.
Caranya: Ambil 7 helai daun limau purut atau limau nipis. Kemudian tumbukkan daun itu sampai halus lalu digentel bersama madu. Setelah jad beberapa butir telanlah setiap hari, sebanyak 3 kali.
  • BATUK REJAN.
Bahannya: Halia secukupnya, minyak tanah dan daun kecubung.
Caranya: Semua ramuan di atas, hendaklah ditumbuk sampi halus. Campurkan sehingg rata. Kemudian gosokkan pada punggung anda. Cara lain ialah untuk diminum. Ambil 7 helai daun sirih dan gula batu secukupnya, air biasa segelas, daun sirih dicuci lalu direbus. Campurkan dengan gula batu. Biarkan hingga maendidih dan airnya tinggal setengah sahaja. Minum tiga kali sehari. Setiap kali hendak diminum satu sudu makan.
  • CANTENGAN PADA HUJUNG JARI.
Bahannya: 3 ulas bawang merah, satu sudu makan minyak kelapa, daun pisang muda.
Caranya: Ambil 3 ulas bawang merah dan ditumbuk sampai halus. Ambil satu sudu makan minyak kelapa. Daun pisang muda untuk membungkus ramuan di atas. Setelah dibungkus panaskan di atas tungku hingga hangat-hangat kuku. Kemudian buka bungkusan tersebut dan tempekkan ramuan tadi pada penykit itu. Setelah disapu hendaklah dibalut. Ulangi 3 atau 4 kali sehari berturut-turut.
  • CACING KREMI.
Bahannya: Lobak merah dan santan kelapa.
Caranya: Parutkan lobak merah lalu diperah. Santan yang pekat dicampurkan dengan parutan lobak sampai sebati. Setelah selesai jerangkan di atas api. Ketika kanak-kanak tersebut hendak tidur berikan dia minum. Lakukan beberapa kali.
  • DEMAM BERDARAH.
Bahannya: Air kelapa muda dan air limau nipis.
Caranya: Jika sesiapa terkena demam berdarah, berikan dia minum air kelapa muda yang dicampurkan dengan air limau nipis. Insya Allah badannya akan menurun.
  • CACAR.
Bahannya: 5 helai daun jarak.
Caranya: Ambilkan daun jarak itu dan rebuskan. Setelah mendidih ambil dari atas dapur lalu dibuat mandi. Sebelum itu campurkan dengan 5 baldi air. Dalam masa yang singkat sahaja cacar akan hilang.


  • MUDAH BUANG AIR BESAR.
Bahannya: Betik, pisang, durian belanda.
Caranya: Semua bahan tersebut dicampurkan dan dijadikan minuman setiap hari. Jika belum lagi sembuh, ambil kentang yang telah dikupas kulitnya dan tempekkan pada pinggang dan mulut dubur anda. Biarkan saja sehingga warna kentang itu menjadi warna kelabu atau kering. Jika masih belum juga sembuh, ambil temulawak lalu di parut. Selepas itu dicampurkan dengan sedikit air dan gula serta asam. Kemudian minumlah ramuan tersebut.
  • KURANG DARAH.
Bahannya: 3 potong lempu sebesar jari, gula merah dan kunyit.
Caranya: Parutlah lempu dan kunyit, lalu bubuhkan gula jawa dan perahlah. Tetapi lempu dan kunyit jangan dibuang kulitnya. Kemudian rebuslah dengan air sebanyak tiga gelas. Apabila kurang manis maka tambahkan gula merah secukupnya. Biarkan sampai mendidih hingga airnya tinggal segelas sahaja. Setelah sejuk minumlah sampai habis. Setiap hari haruslah minum satu gelas terutama bila hendak tidur. Dalam tempoh empat bulan penyakit itu akan hilang.
  • TERSIRAM AIR PANAS.
Bahannya: Sabun batang.
Caranya: Ambil sabun mandi atau serbuk pencuci. Gosokkan pada bahagian yang terkena air panas. Gosoklah bahagian tersebut hingga air panas tidak berasa lagi. Bahagian yang terkena air panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.
  • ELAKKAN MABUK KENDERAAN.
Bahannya:
1. Madu asli.
Caranya: Sebelum menaiki kenderaan amalkan minum 3 sudu makan madu asli yang dibubuh garam.
2. Ubi jalar.
Caranya: Ambil sepotong ubi jalar. Lebih kurang sebesar telur ayam. Cucilah ubi itu hingga bersih. Sebelum menaiki kenderaan, makanlah ubi ini hingga habis. Anda tidak akan mabuk lagi bila menaiki kenderaan.
  • GIGITAN ANJING.
Bahannya: Bawang putih, bawang merah, malinjo atau daunnya dan temulawak atau daunnya.
Caranya: Semua bahan di atas ditumbuk halus dan di bubuh minyak pirus. Kemudian balutkan pada luka yang digigit anjing. Dalam waktu yang singkat sahaja luka tersebut akan sembuh.
  • AIR YANG MENGANDUNGI KUTU.
Bahannya: Ubi kayu.
Caranya: Ubi kayu segar itu dikupas dan diparut. Kemudian tempekkan ramuan itu pada bahagian yang terkena kutu air. Jika ramuan itu sudah kering gantikan dengan yang lain. Dalam masa 2 hari kutu air itu akan segera sembuh.
  • BENGKAK PADA LEHER (BEGUK).
Bahannya: Nila.
Caranya: Ambil nila lalu dicampurkan dengan air. Kemudian oleskan pada bahagian yang benjol itu rata-rata. Ianya akan segera kempis dan rasa sakit akan hilang.
  • PENING KETIKA HAMIL MUDA.
Bahannya: Serai dan daunnya, 4 cm kayu manis, cengkih, gula pasir dan buluh kuning.
Caranya: Semua bahan tadi dimasukkan ke dalam satu bekas yang besar. Kemudian dijerangkan di atas api hingga mendidih. Setelah sejuk hendaklah diminum terutama ketika hendak tidur atau berehat. Pening-pening itu akan hilang.
  • JERAWAT.
Bahannya: Daun Teh.
Caranya: Ambil sebungkus kecil daun teh kemudian campurkan dengan air secukupnya. Jerangkan hingga mendidih. Kemudian panaskan muka dengan wap air itu. Lakukan selalu.
  • BOTAK.
Bahannya: Gula dan cuka.
Caranya: Ambil 100% gula dan 50% cuka dicampurkan dengan 45% air lalu dimasak atas api hingga mendidih dan likat. Setelah itu sejukkan. Apabila telah sejuk minumlah. Lakukan berulang kali.
  • UBAT KUAT UNTUK LELAKI DAN WANITA.
Bahannya: Kuning telur ayam, kunyit yang diparut, 1 sudu makan madu dan ½ sudu makan limau nipis.
Caranya: Kacaukan kuning telur. Kemudian dibubuh air kunyit, madu dan air limau nipis. Bagi lelaki boleh ditambah dengan lada putih dan getah anggur secukupnya. Minum dua kali seminggu.
  • MENJAGA KANDUNGAN.
Bahannya: Hati ayam yang segar. Buah kencur, 1 biji telur ayam kampung dan 2 sudu makan madu.
Caranya: Ambil hati ayam yang msih segar lalu dicincang hingga lembut. Buah kencur ditumbuk hingga halus dan ambil airnya. Sebiji kuning telur tadi dicampurkan dengan dua sudu madu asli. Semua ramuan diadunkan menjadi satu. Ramuan itu hendaklah diminum setiap pagi sebelum makan pagi dan setiap malam sebelum tidur. Lakukan berturut-turut selama 7 hari. Minuman itu enak dan hangat pada badan.
  • SAKIT KELAMIN.
Bahannya: Daun kobis, bawang putih, bawang merah dan limau nipis.
Caranya: Ambil daun kobis yang sudah tua lalu dihiris hingga halus. Bawang putih dan bawang merah dihiris halus-halus. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas dan embunkan pada waktu malam. Jangan terkena hujan. Esoknya, ramaskan daun-daun itu dan bubuhkan sedikit air limau nipis dan minuman setiap pagi. Jika anda tekun mengubatinya, dalam masa yang singkat sahaja ianya akan sembuh.
  • KENCING MANIS.
Bahannya: Petai cina.
Caranya: Ambillah petai cina yang telah tua dan kering. Kemudian goring tanpa minyak. Selepas itu tumbukkan sampai halus seperti serbuk kopi. Bancuhkan dengan air panas lalu diminum.
  • PUNDI KENCING.
Bahannya: Buah durian belanda dan gula batu.
Caranya: Ambil sebiji buah durian belanda yang telah masak lalu dipotong. Kemudian hendaklah direbus dengan dicampir gula batu. Setelah itu biarkan mendidih. Bila sudah betul-betul mendidih, angkat dan makan. Ulangi sebanyak 8 hari berturut-turut. Penyakit anda akan sembuh sama sekali dan tidak berulang lagi.
  • MATI PUCUK.
Bahannya:
- 1 oz halia yang diparut dan ambil airnya.
- 1 biji telur ayam kampung, dipukul.
- 1 biji limau nipis diperah airnya.
- 1 sudu makan kicap manis.
- 1 sudu makan madu asli.
- 7 biji lada putih ditumbuk hingga halus.
- 3 pucuk lengkuas-ambil airnya.
Caranya: Semua bahan dicampur dan dikacau hingga sebati. Kemudian diminum apabila hendak tidur dan bila hendak bersetubuh.
  • KENCING BATU DAN SAKIT PINGGANG.
Bahannya: Daun Alpukat.
Caranya: Ambil dua helai daun alpukat. Rebus hingga mendidih. Setelah dingin dan hangat-hangat kuku, minumlah dua kali sehari, pagi dan petang.
  • BENGAK BUAH DADA.
Bahannya: Daun kacang panjang dan kapur sirih.
Caranya: Daun kacang panjang itu hendaklah dicuci dengn kapur sirih. Kemudian diramas hingga lumat. Selepas itu hendaklah ditempekkan pada buah dada anda. Jangan tempek di atas putting atau kawasan keliling puting. Apabila sudah kering, gantikan dengan daun kacang panjang yang masih baru. Lagipun kebanyakan buah dada yang sakit seperti ini suhu sangat panas sehingga dalam masa yang singkat sahaja daun itu akan kering.
  • BEKAS CACAR.
Bahannya: Sotong.
Caranya: Ambil sotong, dijemur hingga kering lalu di bersihkan. Tumbuk sotong itu hingga halus lalu diayak. Ia hendaklah dicampurkan dengan bedak sejuk. Pakailah setiap hari. Bekas cacar akan hilang.
  • BINTIK-BINTIK CACAR.
Bahannya: Jagung muda, daun betik.
Caranya: Jagung muda dan daun betik diparut. Kedua-dua ramuan itu hendaklah dicampurkan. Jadikan satu ramuan. Sapukan pada bekas cacar itu.
  • LUKA BISUL.
Bahannya: Tangkai sirih, minyak kelapa, kapur sirih.
Caranya: Tangkai sirih ditumbuk lalu dicelupkan ke dalam minyak kelapa. Tangkai sirih yang dicelupkan tadi dibakar sehingga menjadi panas. Kemudian tempekkan pada bahagian yang luka itu.
  • LEBATKAN BULU KENING.
Bahannya: Buah keras yang dkupas kulitnya dan sepotong buluh.
Caranya: Buah keras itu hendaklah dibakar sampai hangus. Kemudian ambil sepotong buluh dan gosokkanlah buluh tersebut pada buah keras tadi hingga minyak keluar. Ambil minyak itu dengan hujung jari. Kemudian sapukan pada bulu kening anda. Lakukan hingga kening menjadi lebat.
  • BATUK BERDARAH.
Bahannya: Halia, daun kecubung dan minyak tanah.
Caranya: Tumbukkan ketiga-tiga bahan di atas hingga halus. Campurkan sampai rata. Gosokkan pad punggung anda. Insya Allah batuk itu akan hilang.
  • KEPALA YANG BERKERUPING.
Bahannya: Kelapa yang telah tua, minyak kelapa 2 atau 3 sudu.
Caranya: Ambil kelapa kira-kira separuh kemudian dibakar hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga halus. Setelah itu bubuhkan minyak kelapa . adukkan hingga rata. Sapukan pada kepala yang berkeruping itu beberapa kali.
  • AGAR BAYI TIDAK MUNTAH.
Jika bayi anda yang berumur dua buan selalu muntah-muntah selepas minum susu, sewajarnyalah anda letakkan kepala bayi anda supaya lebih tinggi dari perut. Dengan itu udara dari dalam perutnya akan keluar. Jika bayi sedang minum susu, cabutkan putingnya supaya dia mendapat ruang udara yang cukup.
  • KURAP.
Bahannya: Lada putih, minyak tanah dan pinang.
Caranya: Lada putih ditumbuk hingga halus. Kemudian dicampurkan dengan minyak tanah secukupnya, lalu dioleskan pada bahagian –bahagian yang terkena kurap dan gatal. Untuk minum pula, ambil buah pinang lalu kupaslah dan goreng tanpa minyak hingga kering. Selepas itu tumbuk hingga halus lalu dimakan.
  • BISUL.
Bahannya: Buah kelapa dan buah timun.
Caranya: Kedua bahan itu diparut kemudian dibungkus dengan daun pisang. Bungkusan itu dipanaskan di atas dapur. Setelah itu tempelkan pada bisul tadi dan dibalut dengan kain yang bersih. Ulangi cara rawatan itu. Dalam masa yang singkat bisul tersebut akan pecah dengan sendirinya dan tidak meninggalkan kesan.
  • BATUK.
Bahannya: Segenggam daun saga dan 8 helai daun sirih.
Caranya: Kedua-dua bahan itu dicuci hingga bersih. Rebus dengan dua gelas air hingga mendidih. Bubuhkan gula batu sebesar ibu jari. Setelah itu bila airnya tinggal segelas sahaja, angkat dari dapur. Sejukkan dan diminum dua kali sehari. Selain itu oleskan juga sedikit kapur sirih pada bahagian antara dada dan leher. Lakukan selama 4 hari berturut-turut hingga sembuh.
  • BENGKAK PADA LUTUT.
Bahannya: Najis kambing, cuka dan darah kambing.
Caranya: Ambil najis kambing. Campurkan dengan cuka dan darah kambing. Jadikan sebagai minyak untuk disapu pada lutut. Tetapi jika hendak bersembahyang, mandilah terlebih dahulu kerana ianya najis.
  • SEDU.
Bahannya: Segenggam kerak nasi.
Caranya: Segenggam kerak nasi yang telah kering lalu direndam dengan air. Selepas itu diminum dengan menarik nafas dan dilepaskan.
  • LUKA YANG BENGKAK.
Caranya:
1. Elakkan memakan terung, daging lembu dan ikan laut.
2. Elakkan dari kotoran yang menyebabkan jangkitan.
3. Elakkan makanan mentah yang mengandungi biji-bijian.
4. Dicuci dengan ubat-ubatan tertentu mnegikur peraturannya.
5. Elakkan makanan yag mengandungi lemak seperti sari gandum dan susu.
6. Biasakan diri minum minuman yang pahit selama tiga hari.
  • KETUAT (Kutil).
Bahannya: Sebuku sabun, daun betik, daun kemagi, kapur putih dan 7 helai sirih.
Caranya: Hancurkan bahan-bahan tersebut menjadi satu. Kemudian oleskan pada bahagain yang ada ketuat beberapa kali. Ketuat anda akan hilang dalam masa yang singkat sahaja.
  • PANAS CILI PADA JARI.
Bahannya: Garam dua sudu dan air setengah gelas.
Caranya: Hancurkan garam tersebut di dalam air. Kemudian gosokkan air itu pada tangan dan dihangatkan dengan api. Kemudian cucilah dengan air sejuk. Panas jari anda akan hilang dengan segera.
  • BENGKAK MERAH PADA BADAN.
Bahannya: Sepotong kunyit dan kapur sirih.
Caranya: Ambil sepotong kunyit lalu diparut. Kemudian bubuhkan kapur sirih dan air. Panaskan ramuan tersebut di atas api. Setelah itu oleskan pada bahagian yang bengkak. Dalam masa 5 minit sahaja penyakit tersebut akan hilang.
  • BENGKAK.
Bahannya: Pohon yang kulitnya boleh dibuat pakaian. Biji buah labu atau halba.
Caranya: Semua bahan tersebut ditumbuk hingga halus dan dibubuh minyak pirtus. Buatkan minyak urut. Penyakit anda akan hilang dalam masa yang singkat. Jika tidak ada buah labu boleh digantikan dengan buah mengkudu yang sudah tua. Kupas kulitnya lalu direbuskan dengan air hingga mendidih dan dibubuh dengan dula merah secukupnya. Sapu setiap pagi ketika bangun tidur.
  • MENJAGA KELAMIN.
Bahannya: Delima
Caranya: Ambil delima yang kecut lalu diperah dan ambil airnya kira-kira 100%. Gula 50%. Kemudian letakkan di atas api supaya menjadi kental seperti madu. Setelah dingin makanlah atau makan bila-bila masa saja.
  • KEPALA BAYI AGAR SELALU BERSIH.
Bahannya: Minyak kelapa.
Caranya: Apabila kepala anak anda kotor, sapukan minyak kelapa. Biarkan sekejap dan gosokkan perlahan-lahan sehingg kerak di atas kepala kembang. Jika telah kembang ianya mudah dibersihkan. Buatkan perlahan-lahan kerana ubun-ubun bayi itu masih lembut.
  • KURANG DARAH.
Bahannya: Akar bayam berduri, madu, kuning telur dan santan.
Caranya: Setelah akar bayam duri itu dicuci, tumbukkan hingga halus. Bubuhkan air secukupnya lalu disaring. Campurkan air perahan akar bayam dengan kuning telur dan madu serta santan. Campuran bahan-bahan biarlah menjadi setengah gelas. Bubuhkan pula garam dan minumlah setiap pagi sebelum makan. Lakukan selama 10 hari berturut-turut.
  • LUKA LIMAN.
Bahannya: Air kelapa muda dan madu asli.
Caranya: Ambilkan air kelapa muda dan segelas kecil madu asli. Adukkan dan diminum 3 kali sehari selama satu minggu berturut-turut. Insya Allah penyakit anda akan sembuh tidak lama kemudian.
  • LUKA JATUH.
Bahannya: Anak batang pisang dan getahnya sebanyak 5 sudu makan.
Caranya: Jika ada ahli keluarga anda yang luka kerana jatuh, carilah anak batang pisang, lalu dipotong-potong dan ambil getahnya kira-kira sebanyak 5 sudu makan. Sapukan pada bahagiannya yang luka berdarah.
  • BISA IKAN GELI.
Bahannya: 2 atau 3 sudu serbuk kopi.
Caranya: Serbuk kopi dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian tuangkan air yang telah mendidih. Usapkan pada bahagian yang terkena bisa ikan keli itu beberapa saat. Insya Allah bengkaknya akan sembuh dan rasa sakitnya akan hilang.
  • MEMBANYAKKAN AIR SUSU.
Bahannya: Segenggam daun nangka yang masih muda (jangan sampai ada pecah).
Caranya: Daun nagka tersebut dicuci dan diwapkan di atas tanakan nasi hingga layu. Setelah itu timbuklah hingga lembut dan dibubuh sedikit air. Perahkan hingga keluar air. Bubuhkan gula atau rgaram secukupnya ke dalam air, lalu diminum. Cara lain, daun nagka itu bleh juga dijadikan ulam.
  • KEPALA PENING ATAU SAKIT.
Bahannya: Sesudu cuka, segenggam daun tiru, 7 ulas biji lada dan bawang putih.
Caranya: Tumbukkan daun turi, lada dan bawang putih hingga hancur. Kemudian gaulkan hingga rata. Setelah semuanya siap sapukan ramuan itu pada kening anda. Lakukan beberapa kali. Dengan izin Allah, penyakit anda akan sembuh.
  • LUKA API ROKOK.
Bahannya: Ubat gigi.
Caranya: Jika badannya anda ada yang terluka kerana api rokok, ambilkan ubat gigi dan oleskan pada bahagian yang terluka itu. Insya Allah panas luka itu akan hilang.
  • LEMAH SYAHWAT.
Bahannya: 3 kuncup lengkuas.
Caranya: Lengkuas tersebut diparut dan diperah airnya lalu diminum 3 kali sehari. Hampasnya digosokkan pada kelamin. Insya Allah zakar anda akan menjadi kuat dan dapat membesar. Ulanglah beberapa kali.
  • MULUT BERBAU.
Bahannya: Daun sirih.
Caranya: Daun sirih itu diramas-ramas. Kemudian disaring dan ambil airnya sahaja. Air itu kemudian anda buatlah berkumur setiap pagi dan ketika hendak tidur. Bau mulut yang busuk akan hilang dengan segera. Lakukan dan anda dapat mebuktikan khasiatnya.
  • SAKIT MATA.
Bahannya: Daun bunga melati.
Caranya: Ambil daun bunga melati putih lalu digiling secukupnya hingga halus. Kemudian piliskan pada kening anda setiap hari sehingga sembuh. Setiap hari gantikan ramuan yang baru dan penyakit itu tidak akan berulang lagi.
  • MALARIA.
Bahannya: Hempedu ayam.
Caranya: Ambil hempedu ayam. Telanlah satu setiap hari. Lakukan sehingga sembuh. Malaria anda akan hilang segera.
  • MUNTAH DAN CIRIT.
Bahannya: Jintan putih, kulit delima, halia tiga hiris, santan pekat dan buah pala.
Caranya: Bauh pala serta bunganya dan semua bahan-bahan di atas, masukkan ke dalam santan lalu bubuhkan sedikit anggur. Tampalkan ramuan itu pada perut dan ulu hati, lalu balutkan dengan kain. Dengan cara ini badan yang panas akan menurun perlahan-lahan.
  • KEMANDULAN.
Bahannya: Taugeh, rojak nanas.
Caranya: Setiap hari makan dengan ulam taugeh dan seminggu sekali makan rojak nenas yang mentah. Jika tidak ada sebarang perubahan dalam diri anda cubalah hingga 5 bulan.
  • MENGUATKAN PARU-PARU.
Bahannya: Seekor itik dan dua bungkus jamu galian.
Caranya: Sembelihkan seekor itik betina dan bersihkan bulunya. Potong kaki dan kepalanya lalu keluarkan isi perutnya melalui leher. Gantung selama sehari agar kering. Untuk menghilangkan hamis, masukkan jamu galian itu melalui leher. Kemudian jahit semula. Sediakan sebuah bekas yang mempunyai jaringan kasar di atasnya. Letakkan itik di atas jaringan itu. Kemudian dikukus sehingga kelaur minyaknya kira-kira segelas. Simpanlah minyak itu dalam botol bersih. Minumlah 3 kali sehari sesudu makan. Bila minyaknya menjadi kental masukkan air panas. Dengan cara ini paru-paru anda akan menjadi kuat.
  • MATA IKAN (Ketuat).
Bahannya: Getah labu siam dan labu jawa.
Caranya: Sapukan dengan getah labu siam atau labu jawa yang baru mekar. Ulangi lima atau enam kali berturut-turut. Mata ikan atau ketuat tersebut akan hilang dengan sendirinya.
  • SELESAMA PADA BAYI.
Bahannya: Minyak kelapa.
Caranya: Sapukan minyak kelapa di kepalanya. Dalam masa beberapa jam sahaja, penyakit tersebut akan hilang.
  • PANAS PADA BAYI.
Bahannya: Air kelapa muda dan sesudu madu.
Caranya: Apabila bayi anda diserang panas badan, ambillah segelas air kelapa muda. Air kelapa itu dicampurkan dengan sesudu madu. Berikan bayi itu minum sesudu demi sesudu. Dalam masa sehari sahaja panas badannya akan menurun dan penyakitnya akan sembuh.
  • PENCEGAHAN KELAHIRAN.
Bahannya: Sepotong halia, sepotog lengkuas, lada putih secukupnya, ragi dan asam serta garam.
Caranya: Halia dan lengkuas diparut. Lada putih serta ragi ditumbuk hingga halus. Campurkan supaya menjadi satu bersama asam dan garam sampai sebati. Selepas itu perah dan saringkan airnya. Air itu hendaklah diminum 2 atau 3 kali sebula. Minumlah 1 gelas setiap kali. Ramuan tersebut bukan sahaja untuk wanita tetapi lelaki juga boleh menggunakannya. Khasiatnya selain mencegah kelahiran, ianya juga akan menambahkan kemesraan dalam hubungan kelamin.
  • MENEGANGKAN BUAH DADA.
Bahannya: Daun tepus, garam, 2 biji pinang muda dan segelas air sejuk.
Caranya: Tumbukkan daun tepus, garam dan buah pinang hingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit air. Kacaukan ramuan itu hingga menjadi sebati. Setelah sebati sapukan pada buah dada yang kendur. Tetapi jangan sampai terkena puting. Dalam masa beberapa minggu sahaja anda dapat melihat hasilnya. Buah dada akan kelihatan segar dan montok sebagaimana ketika remaja.
Perhatian: Selepas menggunakan ramuan itu, buah dada haruslah dicuci dengan air hangat-hangat kuku. Bila ramuan itu telah habis, buatlah lagi seperti tadi.
  • PENAWAR RACUN LIPAN.
Bahannya: Biji asam jawa.
Caranya: Jika anda terkena gigitan lipan bara, ambilkan biji asam jawa. Kemudian biji tersebut ditumbuk hingga halus lalu disapukan kepada tempat yang terkenan gigitan itu. Dalam masa beberapa saat saja biasanya akan hilang dan tidak sakit lagi.
  • MENCEGAH PENDARAHAN.
Bahannya: Daun petola yang masih muda.
Caranya: Ambillah beberapa helai daun petola yang masih muda. Tumbukkan daun tersebut sampai lembut. Jika pendarahan itu disebabkan oleh luka di bahagian luar badan atau hidung, tempekkan sehelai daun petola merata bahagian itu.
  • BUAH DADA YANG KERAS.
Bahannya: Lebah tutuh dan asam kawak.
Caranya: Ambil sarang lebah tutuh (sejenis lebah berwarna biru, kecil dan panjang bersarang dalam tanah liat yang dibuat di sudut-sudut rumah). Kemudian campurkan dengan air asam kawak yang sudah lama. Sapukan ramuan itu pada bahagian yang sakit sampai merata beberapa kali. Muadh-mudahan hasilnya memuaskan.
  • KAKURRIDAK / KANKER.
Bahannya: Kemladih (tumbuh pad pohon baleci atau talok).
Caranya: Potong kemladih dan kemudian direbus. Bubuhkan sedikit gula batu dengan secukupnya dan tambah seikat akar kangkong. Setelah sejuk hendaklah diminum sebelum tidur. Lakukan selama sebulan berturut-turut. Dengan kesabaran penyakit itu akan hilang.
  • PANAS PADA KANAK-KANAK.
Bahannya: Empat biji buah limau nipis, bawang merah dan sepotong ragi kecil
Caranya: Setiap biji limau nipis itu hendaklah dipotong menjadi empat bahagian. Perah dan ambil airnya. Masukkan ke dalam piring. Air tu hendaklah dimasak atau distimkan dengan menggunakan wap. Setelah 30 minit, hendaklah diangkat. Bila hangat-hangat kuku campurkan dengan ragi dan bawang merah yang sudah diketuk-ketuk. Ramaskan sedikit. Hendaklah sapu ke tubuh anak yang berbadan panas itu. Dalam masa satu jam sahaja ianya akan sembuh.
  • AGAR GIGI CANTIK.
Bahannya: Buah pinang.
Caranya: Ambil buah pinang yang telah masak. Kupas kulitnya dan bakar isinya hingga halus. Setelah itu haluskan. Setiappagi ambilkan serbuk pinang itu dengan jari telunjuk dan gosokkan pada gigi anda. Gigi anda akan cantik.
  • RAMBUT BAYI MENJADI KERINTING.
Bahannya: Kerang.
Caranya: Ketika sedang hamil makanlah banyak kerang. Usahakan supaya anda makan 10-20 ekor kerang dalam masa seminggu. Dengan itu rambut bayi anda akan menjadi kerinting.
  • KELEMUMUR.
Bahannya: Pulut hitam dan daun betik yang pelepahnya telah merah.
Caranya: Pulut hitam hendaklah dibakar setengah hangus. Kemudian masukkan ke dalam air. Daun betik yang telah kecil-kecil, dicampurkan bersama. Adukkan hingga menjadi seperti bertali. Biarkan selama 15 minit. Selepas itu basahkan kepala dengannya.
  • MENINGKATKAN NAFSU MAKAN.
1. Bahannya: Sepotong temu ireng.
Caranya: Ambil sepotong temu, kemudian diparut dan diperah. Airnya dituangkan sedikit ke dalam rengkung. Paksakan anak anda menelannya. Setelah dua tidak kali dibuat begitu, nafsu makan anak anda akan meningkat.
2. Bahannya: Daun peria.
Caranya: Ambil beberapa helai daun peria. Cuci daun-daun peria tadi hingga bersih. Kemudian daun tersebut ditumbuk atau diramas-ramas hingga hancur. Campurkan daun yang diramas tadi dengan air mati. Bila air telah menajdi hijau, saringkannya. Air itu diberi anak-anak minum sehari dua kali. Setiap kali, berikan minum sesudu makan.
  • UBAT CIRIT.
Bahannya: Pisang siam.
Caranya: Ambil isi pisang itu dan kerok perlahan-lahan. Campurkan isi pisang itu dengan makanan yang hendak diberikan kepada bayi anda. Bayi anda akan sembuh dari cirit dengan segera. Jika tidak sembuh juga bawalah berjuma doktor.
  • UBAT SAKIT GIGI.
Bahannya: Sepotong terasi mentah.
Caranya: Sepotong terasi mentah. Masukkan terasi tesebut ke dalam gigi yang berlubang. Kemudian tutupkan dengan kapas. Biarkan selama dua atau tiga jam. Sakit gigi akan hilang.
  • UBAT SEMBELIT.
Bahannya: Daun jarak dn minyak kayu putih.
Caranya: Ambil daun jarak. Kemudian layurkan di atas api. Sapukan minyak kayu putih lalu tempelkan pada perut pesakit. Mudah-mudahan ianya akan sembuh segera.
  • UBAT SAKIT LEHER.
Bahannya: Air basuhan beras.
Caranya: Minumlah ¼ gelas air tersebut yang masih hangat-hangat kuku. Dalam masa yang singkat sahaja, ianya akan sembuh.
  • MEMUDAHKAN BERSALIN.
Bahannya: Daun sepatu.
Caranya: Ambillah daun sepatu lalu dicuci. Rendamkan dalam air hangat-hangat kuku. Setelah sejuk hendaklah diramas-ramaskan, disaring dan diambil airnya kira-kira 2 atau 3 gelas. Minumlah pada setiap pagi ketika kandungan menjelang 7 dan 9 bulan.
  • MELANCARKAN KEGIATAN SEKS.
Bahannya: Sebiji telur ayam kampung (kuningnya). Sesudu gula merah dan sebiji limau nipis.
Caranya: Campurkan air limau nipis dengan kuning telur itu. Adukkan hingga menjadi rata. Kemudian hiriskan gula merah supaya halus dan campurkan dengan campuran tadi. Adukkan hingga rata barulah diminum.
  • MENCANTIKKAN RAMBUT.
Bahannya: Kuning telur dan syampoo.
Caranya: Gunakan syampoo yang dicampurkan dengan kuning telur dan tambahkan dengan minyak sayur secukupnya. Sesudah itu gunalah untuk mencuci rambut. Rambut anda akan menjadi kilat.
  • KURAP ATAU PANAU.
Bahannya: Belerang ditumbuk halus, air limau nipis dan mniyak kelapa.
Caranya: Campurkan bahan-bahan di atas dan hancurkan. Kemudian sapukan pada kurap atau panau tersebut. Ulangi beberapa kali sapuan itu. Penyakita anda akan hilang dalam masa yang singkat sahaja.
  • HAID YANG TERLAMBAT.
Bahannya: Air tomato, lobak merah dan kunyit.
Caranya: Minum air perahan tomato dan lobak merah selama seminggu. Tambahkan pula air parutan kunyit. Lakukan dengan sabar. Ianya pasti melancarkan haid anda.
  • PELUH BERBAU.
Bahannya: ½ oz. ketumbar ditumbuk halus, 12 helai daun sirih ditumbuk, kapur, air hujan.
Caranya: Campurkan semua ramuan hingga menjadi bubur. Setelah itu tambahkan lagi air kira-kira 10 cm dari mendapan tersebut. Tutup dengan kain nipis sehari semalam. Apabila semua bahan telah mendap ambil air yang jernih itu untuk dibuat berkumur atau mencuci kemaluan. Apabila selesai mandi basuhlah semua lekukan pada tubuh badan denga air tadi.
  • UBAT UNTUK MENGUATKAN PINGGANG.
Bahannya: Buah petai.
Caranya: Cubalah memakan ulam petai seminggu sekali. Ulam itu dapat menghilangkan sakit pinggang. Petai itu boleh juga dimasak berbagai cara untuk melazatkan makanan.
  • BATUK REJAN.
Bahannya: Gula batu, air biasa segelas dan 7 helai daun sirih.
Caranya: Bersihkan daun sirih lalu direbus denga gula dan segelas air. Biarkan hingga mendidih dan airnya hanya tinggal ½ gelas sahaja. Minum tiga kali sehari. Setiap kali sesudu makan.
  • UBAT MENCUCI MATA.
Bahannya: Daun sirih.
Caranya: Ambil daun-daun sirih yang masih muda lalu dicuci. Ramas-ramas daun sirih itu hingga hancur dan masukkan ke dalam air masak. Biarkan sampai air itu menjadi hangat-hangat kuku. Saringkan air itu dengan kain yang bersih. Rendam mata anda yang terkena debu atau gatal di dalam air daun sirih. Kedip-kedipkan mata supaya debu akan keluar. Lakukan beberapa kali agar penglihatan anda sentiasa cerah.
  • TULI.
Bahannya: Alat mengorek telinga.
Caranya: Jika telinga anda kurang mendengar, ambil alat korek telinga. Bersihkan alat tersebut hingga bersih. Basuhlah juga dengan air panas supaya bebas dari kuman. Kemudian korekkan kotoran di dalam telinga itu perlahan-lahan. Jika tahi telinga sudah keras haruslah dititiskan ubat titis atau air masak yang sudah dingin. Apabila kotoran di dalam telinga itu sudah lembut senanglah anda hendak mengoreknya.
  • SAKIT GIGI.
Bahannya: Kulit pokok mangga.
Caranya: Cuci kulit pokok mangga itu hingga bersih dan masukkan ke dalam belanga. Bubuhkan dua gelas air lalu direbus sampai mendidih. Apabila airnya tinggal 1 gelas hendaklah diangkat dan apabila telah hampir sejuk, buatlah berkumur sehari 3 kali.
  • SAKIT HIDUNG.
Bahannya: 7 helai daun sirih.
Caranya: Ambil 7 helai daun sirih yang bertemu uratnya. 3 helai anda gunakan untuk menggosokkan pada bintik merah dan 4 helai lagi anda gunakan untuk menyumbat lubang hidung yang berdarah beberapa kali.
  • SELESEMA.
Bahannya: 3 helai daun betik, garam dan gula kabung.
Caranya: Ambil 3 helai daun betik yang mudah dan dicuci. Kemudian hendaklah ditumbuk halus. Perah airnya dan disaringkan. Bubuhkan garam secukupnya bersama gula kabung. Minumlah dua kali sehari jika kanak-kanak dan 4 kali sehari bagi orang dewasa.
  • SAKIT KERONGKONG.
Bahannya: Tuala kecil dan kain flannel.
Caranya: Celupkan tuala kecil dalam air panas. Perah hingga kering. Setelah itu tuala yang masih basah itu hendaklah dililitkan di sekeliling leher. Tutupkan lilitan tuala tersebut dengan 3 lapis kain flannel. Lakukan begitu hingga beberapa malam. Hasilnya sangat memuaskan anda. Belanjanya pun kurang.
  • MENGHILANGKAN JERAWAT.
Bahannya: Buah tomato.
Caranya: Ambil sebiji buah tomato yang telah masak lalu dipotong dua. Kemudian gosokkan pada muka anda ketika hendak tidur. Sebelum digosok dengan buah tomato, muka anda hendaklah di cuci terlebih dulu dengan air panas. Selepas itu barulah digosokkan dengan buah tomato. Kemudian biarkan buah tomato itu kering. Pagi esok barulah dibasuh. Jika anda amalkan begitu, maka anda akan berseri dan jerawat tidak tumbuh.
  • MENGEMPISKAN PERUT BUNCIT.
Bahannya: Kencur, asam, tepung beras, gula merah, gula pasir dan garam.
Caranya: Tumbukkan semua bahan itu sampai halus. Tambahkan setengah gelas air. Setelah semua ramuan itu halus hendaklah disaring. Airnya diminum. Ulang cara perubatan ini selama 4 hari berturut-turut. Setiap hari minum setengah gelas.
  • UBAT LENGUH SELEPAS BERSALIN.
Bahannya: Nasi putih.
Caranya: Ambil segenggam nasi putih, kemudian lumatkan nasi itu lalu dicampurkan dengan air masak. Kemudian tempekkan nasi itu pada bahagian-bahagian tubuh yang terasa pegal dan kejang. Insya Allah dalam waktu yang singkat, rasa pegal dan kejang itu akan sembuh segera.
  • RUAM.
Bahannya: Asam kawak dan gula kabung.
Caranya: Ambil sedikit asam kawak lalu dicampurkan dengan segelas air panas. Campuran itu hendaklah diminum dengan gula setiap malam. Lakukan sehingga ruam itu hilang.
  • BATUK GATAL.
Bahannya: 5 biji kencur.
Caranya: Jika anda menderita kerana gatal-gatal pada tenggorok, ambilkan5 biji kencur. Kemudian kupaslah kulit dan cuci hingga bersih. Setelah itu kunyah dengan sedikit garam. Buatlah berulang kali sehingga rasa gatal itu hilang.
  • TERSIRAM AIR MENDIDIH.
Bahannya: Ubat gigi.
Caranya: Jika ada di antara ahli keluarga anda yan tersiram air panas, sapukan ubat gigi degan segera. Dalam masa sekejap sahaja bahagian yang terkena air yang mendidih itu akan hilang panasnya.
  • BISA ULAT BULU.
Bahannya: Minyak tanah.
Caranya: Jika badan anda akan terkena ulat bulu hingga kulit menjadi merah, maka gosokkan mintak tanah. Dalam masa beberapa minit sahaja gatal-gatal kerana ulat tadi akan sembuh.
  • SEMUTAN.
Bahannya: Temu hitam, cekur, tebu dan lengkuas.
Caranya: Semua bahan tersebut ditumbuk hingga halus lalu digosokkan pada tubuh anda yang semutan. Dalam masa yang singkat sahaja penyakit anda akan sembuh dan hasilnya baik.
  • HILANGKAN KEDUT PADA KULIT MATA.
Bahannya: Kulit limau dan kulit timun.
Caranya: Apabila anda sibuk bekerja di dapur, ambillah kulit limau dan kulit timun. Gosokkan pada kulit muka dan di bawah bibir mata. Kulit-kulit ini mengandungi vitamin A dan mengandungi lemak semulajadi.
  • MELEMBABKAN KULIT MUKA.
Bahannya: Madu asli.
Caranya: Ambil madu asli lalu dihangatkan, sesudah itu cucikan muka anda dengan air hangat kuku. Kemudian sapukan madu yang telah dipanaskan tadi. Tekan-tekankan sedikit madu itu pada muka anda. Setelah kering barulah dicuci dengan air hangat kuku. Akhirnya bilas dengan air batu atau air sejuk. Dengan cara ini kulit anda akan menjadi halus dan lembab.
  • MENGATASI KEMANDULAN (WANITA).
Bahannya: Segenggam ranting daun dedap dan sebutir bawang merah.
Caranya: Ambil ranting daun dedap dan buangkan bintik-bintiknya. Selepas itu hendaklah dikeringkan lalu cucukkan bawang merah dengan menggunakan lidi sate. Buatlah seperti membuat sate. Panggang bawang itu jangan sampai hangus. Rebuskan ranting tadi. Kemudian campurkan baawang merah ke dalam air rebusan tadi. Air rebusan itu hendaklah diminum. Hampasnya dibalutkan pada bahagian peranakan sampai ke tulang kemaluan dan punggung di bahagian tulang tinggi. Dengan ramuan ini kemungkinan anda akan hamil. Lakukan hubungan seks ketika subur dan 10 hari sebelum haid.
  • MENGHILANGKAN PENAT.
Bahannya: Biji asam kawak kira-kira 1 oz.
Caranya: Ambil biji asam kawak lalu digorengkan hingga hangus. Setelah itu hendaklah ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bancuh seperti hendak membancuh kopi. Kemudian hendaklah diminum seperti kopi sebelum berjalan kaki. Anda tidaklah akan terlalu penat.
  • MENGHILANGKAN KETUAT(Kutil).
Bahannya: Getah kayu yang sedang dibakar.
Caranya: Setengah kayu yang dibakar akan keluarkan getah dihujungnya. Ambillah getah itu lalu sapukan pada ketuat. Kalau ketuatnya banyak, sapukan pada ketuat induk sahaja. Dengan itu ketuat itu akan hilang.
  • KERACUNAN MAKANAN.
Bahannya: 20-30 helai daun pegaga, 20 helai daun misai kucing, Tangkai padi pulut hitam dibakar hingga menjadi abu lalu dicelupkan di dalam air rebusan daun-daun tadi.
Caranya: Rebuskan daun pegaga dan daun misai kucing hingga mendidih selama 10 minit. Setelah diangkat dari atas api lalu tambahkan serbuk tangkai pada pulut hitam. Tambahkan sedikit pula gula batu atau gula merah. Setelah selesai semuanya minumlah ramuan itu sehari 3 kali. Penyakit keracunan anda akan hilang dalam masa yang singkat.
  • UBAT BADAN ANAK PANAS.
Bahannya: Bawang merah dan sepoting ragi kecil, 4 biji limau nipis.
Caranya: Buah limau nipis itu dibelah empat. Kemudian diramas dan diperah airnya. Air limau hendaklah dimasak atau diwapkan. Setelah hangat-hangat kuku campurkan dengan ragi dan bawang merah yang dihaluskan. Sapukan ramuan itu pada tubuh anak yang sedang panas. Dalam masa sejam. Suhu badannya akan menurun.
  • MENYEMBUHKAN SALURAN KENCING.
Bahannya: Daun kecubung, bawang merah dan halia.
Caranya: Semua bahan tersebut dibersihkan. Kemudian direbuskan dengan 10 gelas air. Setelah mendidih angkat dari atas api dan biarkan dingin lalu diminum 3 kali sehari selama 15 hari. Lakukan dengan cara teratur. Semoga Berjaya.
  • AIR MANI TIDAK KELUAR CEPAT.
Bahannya: Sebiji kuning telur dan bawang merah.
Caranya: Bawang merah ditumbuk hingga halus lalu dicampurkan dengan kuning telur. Ramuan itu dikacau dalam gelas hingga sebati. Minumlah setiap pagi dengan teratur.

*** Semoga anda mendapat manafaat secukupnya daripada infomasi yang diberikan.Sebarang maklumat lanjut @ ingin mendapat rawatan urut tradisional yang terbaik,boleh menghubungi saya di 012-3087430 - (Pakar Urut Terlatih Anda). Terima kasih.

0 comments:

 

©  3 column Minima Template by Bloganol